1 SAMUEL Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarKitab 1 Samuel mengandungi sejarah Israel dalam masa peralihan dari zaman Hakim-Hakim kepada zaman Raja-Raja. Perubahan dalam sejarah umat Israel itu khasnya berkisar pada tiga orang: Nabi Samuel, Raja Saul, dan Raja Daud. Pengalaman-pengalaman Raja Daud pada masa mudanya, ketika baginda belum menjadi raja, terjalin erat dengan kisah Samuel dan Raja Saul.Sebagaimana tema kebanyakan kitab-kitab sejarah yang lain di dalam Perjanjian Lama, kitab ini juga bertemakan hal yang sama, iaitu, orang akan berjaya jika setia kepada Allah, dan malang jika menderhaka. Hal ini jelas dinyatakan dalam firman Tuhan kepada Imam Eli dalam fasal 2 ayat 30, “...mereka yang menghormati Aku akan Kuhormati, dan mereka yang menghina Aku akan dihina.”Kitab ini menyatakan perasaan yang berbeza-beza tentang pembentukan kerajaan Israel. Walaupun Tuhan sendiri sudah dianggap raja di Israel, tetapi untuk memenuhi permintaan umat itu, Tuhan melantik seorang raja bagi mereka. Perkara yang penting adalah baik raja mahupun rakyat, hidup di bawah kedaulatan Allah, Hakim mereka (2.7-10). Di bawah hukum-hukum Allah, haruslah dijamin hak rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin.KandunganSamuel sebagai Hakim Umat Israel 1.1—7.17Saul Menjadi Raja 8.1—10.27Awal Pemerintahan Raja Saul 11.1—15.35Daud dan Raja Saul 16.1—30.31Raja Saul dan Putera-Puteranya Mangkat 31.1-13