YAKOBUS Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata Pengantar Surat Yakobus berisikan petunjuk-petunjuk untuk kehidupan sehari-hari, dan ditujukan kepada “semua umat Allah yang tersebar di seluruh dunia.” Yakobus menggunakan pelbagai peribahasa bagi mengemukakan petunjuk dan nasihat untuk kehidupan sehari-hari orang Kristian. Dari sudut pandangan Kristian, Yakobus membincangkan beberapa tajuk seperti kekayaan dan kemiskinan, godaan, kelakuan yang baik, prasangka, iman dan perbuatan, pertuturan, kebijaksanaan, pertengkaran, kesombongan dan kerendahan hati, hal menghakimi orang lain, bercakap besar, kesabaran, dan doa.Surat ini menegaskan bahawa dalam hal mengamalkan agama Kristian, iman mesti disertai perbuatan.KandunganPendahuluan 1.1Iman dan Kebijaksanaan 1.2-8Kemiskinan dan Kekayaan 1.9-11Cubaan dan Godaan 1.12-18Mendengar dan Melakukan 1.19-27Amaran supaya Tidak Membeza-bezakan Orang 2.1-13Iman dan Perbuatan 2.14-26Orang Kristian dan Pertuturan 3.1-18Orang Kristian dan Dunia 4.1—5.6Berbagai-bagai Petunjuk 5.7-20