1Lalu Mordekhai berkata, “Semua itu terjadi kerana Allah!
2Saya masih ingat mimpi saya tentang kejadian-kejadian itu. Seluruh mimpi itu sudah menjadi kenyataan:
3Mata air kecil yang menjadi sungai yang banyak airnya, dan fajar yang menjadi siang. Sungai itu ialah Permaisuri Ester yang diperisteri oleh raja dan dijadikan ratu.
4Kedua-dua ekor naga itu melambangkan saya sendiri dan Haman.
5Bangsa-bangsa itu adalah semua orang yang bersepakat untuk membinasakan bangsa Yahudi.
6Bangsa saya Israel, yang berseru kepada Allah lalu diselamatkan. Tuhan telah menyelamatkan kita, umat-Nya, daripada segala malapetaka. Dia telah melakukan keajaiban-keajaiban besar yang belum pernah terjadi antara bangsa-bangsa lain.
7Perkara itu terjadi kerana Allah memberikan nasib yang berbeza kepada bangsa Israel dan bangsa-bangsa lain.
8Lalu datanglah hari dan saat nasib masing-masing harus diputuskan, iaitu saat Allah mengambil keputusan tentang bangsa-bangsa.
9Maka Allah ingat akan umat pilihan-Nya dan mengambil keputusan yang menguntungkan mereka.
10Oleh itu untuk selama-lamanya, umat Allah harus berkumpul di hadirat Allah pada tarikh empat belas dan lima belas bulan Adar untuk merayakan peristiwa itu dengan penuh sukacita.”
Catatan Tentang Terjemahan Yunani11Dalam tahun keempat pemerintahan Ptolemeus dan Kleopatra, seorang bernama Dositeius, yang menurut keterangannya, ialah seorang imam daripada keturunan Lewi, bersama dengan anaknya yang bernama Ptolemeus, membawa surat tentang Perayaan Purim. Menurut keterangan mereka, surat itu asli dan diterjemahkan oleh Lisumakhus anak Ptolemeus, seorang penduduk Yerusalem.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.