TOBIT 12 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Malaikat Rafael

1Sesudah pesta perkahwinan itu selesai, Tobit memanggil Tobias anaknya dan berkata kepadanya, “Nak, jangan lupa memberi upah kepada orang yang telah menghantar engkau, dan juga wang tambahan.”

2Jawab Tobias, “Berapa yang harus saya berikan? Saya tak rugi sedikit pun kalau memberi dia separuh daripada segalanya yang telah saya bawa.

3Dia sudah menghantar saya pulang dengan selamat dan membebaskan isteri saya daripada syaitan. Dia pula yang membawa wang itu pulang bersama saya dan akhirnya dia menyembuhkan ayah. Jadi berapakah banyaknya upah yang mesti saya berikan kepadanya?”

4Jawab Tobit, “Berilah dia separuh daripada segalanya yang telah kaubawa pulang dengan pertolongannya. Upah itu berpatutan baginya.”

5Lalu Tobias memanggil Rafael dan berkata kepadanya, “Terimalah sebagai upahmu separuh daripada segalanya yang kita bawa. Lalu engkau boleh pergi dengan selamat.”

6Tetapi Rafael memanggil Tobit dan Tobias berdua sahaja, dan berkata kepada mereka, “Pujilah Allah, dan ceritakanlah segala kebaikan yang telah dilakukan-Nya bagimu kepada semua orang, supaya mereka pun memuji dan memuliakan-Nya. Beritakanlah perbuatan Allah sebagaimana layaknya kepada semua orang. Pujilah Dia dengan tiada henti-hentinya.

7Memang baik menyimpan rahsia raja, tetapi perbuatan Allah harus diberitakan dan dipuji.

Lakukanlah yang baik, maka kamu tidak akan ditimpa malapetaka.

8Lebih baik berdoa dengan hati yang tulus dan memberi sedekah dengan ikhlas daripada memiliki harta yang banyak dengan cara yang tidak lurus. Lebih baik memberi sedekah daripada mengumpulkan emas.

16Lalu Tobit dan Tobias sujud di tanah dan gementar ketakutan.

17Tetapi Rafael berkata kepada mereka, “Jangan takut! Damai sejahtera bagi kamu! Pujilah Allah selama-lamanya,

18oleh sebab aku datang untuk menolong kamu atas kehendak Allah dan bukan kerana kerelaan aku sendiri. Maka nyanyikanlah pujian bagi Tuhan seumur hidup kamu.

19Waktu kamu menyangka kamu melihat aku makan, aku sebetulnya tidak makan, hanya rupanya saja begitu.

20Pujilah Allah selama hidup kamu di bumi ini, dan bersyukurlah kepada-Nya. Sekarang aku kembali kepada-Nya yang mengutus aku. Tulislah semuanya yang sudah kamu alami itu.”

Lalu Rafael naik ke langit.

21Ketika Tobit dan Tobias bangkit, mereka tidak dapat melihatnya lagi.

22Lalu mereka menyanyikan lagu pujian bagi Allah dan bersyukur kepada-Nya kerana Dia telah melakukan perbuatan-perbuatan besar, oleh sebab malaikat Allah sudah menampakkan diri kepada mereka.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help