SIRAKH 15 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Ganjaran Keadilan

1Seorang yang takut kepada Tuhan menunjukkannya dalam tindakannya. Orang yang setia kepada Taurat Tuhan akan memperoleh kebijaksanaan.

2Kebijaksanaan akan menyambut engkau seperti seorang ibu atau pengantin yang masih perawan.

3Engkau diberinya pengertian sebagai makanan dan kebijaksanaan sebagai minuman.

4Orang yang bersandar padanya tidak akan jatuh dan orang yang percaya kepadanya tidak akan mendapat malu.

5Engkau dijadikan lebih terhormat daripada kawan-kawanmu dan engkau diberi kata-kata yang tepat waktu engkau berucap di hadapan umat.

6Engkau akan menemukan sukacita dan kebahagiaan yang sejati dan namamu akan diingat selama-lamanya.

7Orang bodoh tidak akan memperolehnya dan orang yang berdosa tidak akan melihatnya.

8Kebijaksanaan itu jauh daripada orang yang bongkak dan tidak terfikir oleh orang yang suka berdusta.

9Lagu-lagu pujian tidak patut dinyanyikan oleh orang yang berdosa, oleh sebab lagu-lagu itu tidak berasal daripada Tuhan.

10Lagu pujian yang sejati adalah ungkapan kebijaksanaan dan diilhami oleh Tuhan sendiri.

Kemahuan Bebas

11Jangan salahkan Tuhan kerana dosamu dan jangan lakukan sesuatu yang dibenci-Nya.

12Jangan berkata bahawa Tuhan telah menyesatkan engkau, kerana Dia tidak memerlukan bantuan orang yang berdosa.

13Tuhan membenci segala perbuatan keji, dan orang yang takut kepada Tuhan juga tidak tertarik kepada perbuatan keji.

14Ketika Tuhan menciptakan manusia pada awal mula, Dia memberi mereka kekuasaan untuk mengambil keputusan.

15Jika engkau mahu, engkau dapat mentaati perintah-perintah Tuhan. Engkau dapat memilih sama ada mahu setia kepada-Nya atau tidak.

16Tuhan menempatkan api dan air di hadapanmu. Ambil sahaja mana yang kausukai.

17Hidup dan mati ada pada manusia. Apa yang dipilih mereka akan diberikan kepada mereka.

18Besarlah kebijaksanaan dan kuasa Tuhan, dan Dia melihat segalanya.

19Dia tahu semua perbuatan manusia dan memperhatikan orang yang bertakwa.

20Dia tidak menyuruh orang menjadi jahat dan tidak mengizinkan sesiapa pun untuk berdosa.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help