KEJADIAN 27 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Ishak Memberkati Yakub

1Pada suatu hari, ketika Ishak sudah tua dan buta pula, dia memanggil Esau, anaknya yang sulung, lalu berkata kepadanya, “Hai anakku!”

“Ya, ayah,” jawab Esau.

2Ishak berkata, “Engkau tahu bahawa aku sudah tua dan mungkin tidak hidup lama lagi.

3Ambillah busur dan anak panahmu; pergilah memburu seekor binatang di padang.

4Masaklah makanan lazat yang aku sukai, dan bawalah makanan itu kepadaku. Selepas aku memakannya, aku akan memberkati engkau sebelum aku meninggal.”

5Percakapan Ishak dengan Esau itu didengar oleh Ribka. Maka selepas Esau berangkat untuk pergi berburu,

6Ribka berkata kepada Yakub, “Aku baru saja mendengar bapamu berkata kepada Esau begini,

7‘Berilah aku seekor binatang buruan dan masaklah makanan yang lazat untuk aku. Selepas aku memakannya, aku akan memberkati engkau di hadapan TUHAN, sebelum aku meninggal.’ ”

8Ribka berkata lagi, “Sekarang, hai anakku, dengarlah aku dan lakukanlah apa yang aku katakan ini.

9Pergilah ke tempat kawanan domba kita dan pilihlah dua ekor anak kambing yang gemuk supaya aku memasak makanan yang sangat disukai bapamu.

10Kemudian bawalah makanan itu kepadanya supaya dimakannya. Selepas itu dia akan memberkati engkau, sebelum dia meninggal.”

11Tetapi Yakub berkata kepada ibunya, “Mak tahu badan Esau berbulu, sedangkan badan saya tidak.

12Jangan-jangan ayah meraba badan saya dan tahu bahawa saya menipu dia; nanti dia tidak akan memberkati saya, sebaliknya mengutuk saya pula.”

13Ibunya menjawab, “Jangan khuatir, nak. Biar mak yang menanggung segala kutukannya. Buat saja apa yang mak katakan. Pergilah ambil kambing-kambing itu.”

14Maka Yakub pergi mengambil kambing. Dia membawa kambing-kambing itu kepada ibunya, lalu Ribka memasak makanan kesukaan Ishak.

15Selepas itu Ribka mengambil pakaian Esau yang terbaik, yang disimpannya di dalam khemah, lalu mengenakan pakaian itu pada Yakub.

16Dia menutupi lengan dan leher Yakub yang tidak berbulu dengan kulit kambing.

17Dia memberikan makanan yang lazat itu bersama dengan roti yang dibuatnya, kepada Yakub.

18Kemudian Yakub pergi kepada bapanya dan berkata, “Ayah!”

“Ya”, jawab bapanya. “Siapakah engkau, Esau atau Yakub?”

19Yakub menjawab, “Saya Esau, anak sulung ayah; saya sudah melakukan suruhan ayah. Duduklah dan makanlah daging binatang buruan yang saya bawa ini supaya ayah dapat memberkati saya.”

20Ishak berkata, “Bagaimana engkau mendapatkannya dengan begitu cepat, hai anakku?”

Jawab Yakub, “TUHAN, Allah yang disembah ayah telah menolong saya.”

21Ishak berkata kepada Yakub, “Mari dekat sedikit supaya aku dapat meraba engkau. Benarkah engkau ini Esau?”

22Yakub menghampiri bapanya. Bapanya meraba dia dan berkata, “Suaramu seperti suara Yakub, tetapi lenganmu seperti lengan Esau.”

23Ishak tidak mengenali Yakub kerana lengannya berbulu seperti lengan Esau. Ishak hampir memberkati Yakub,

24tetapi dia bertanya lagi, “Benarkah engkau ini Esau?”

“Ya,” jawab Yakub.

25Ishak berkata, “Berilah aku daging itu. Selepas aku makan, aku akan memberkati engkau.” Yakub membawa makanan itu kepada bapanya, dan juga wain untuk diminum.

26Kemudian bapanya berkata kepadanya, “Marilah lebih dekat lagi kepadaku dan ciumlah aku, nak.”

27 Dia sudah mengambil hak saya sebagai anak sulung, dan sekarang dia mengambil pula berkat yang sepatutnya untuk saya. Tidakkah ayah mempunyai berkat lain bagi saya?”

37Ishak menjawab, “Aku sudah menjadikan dia tuanmu, dan semua saudara maranya aku jadikan hambanya. Aku sudah memberikan gandum serta wain kepadanya. Sekarang tiada apa-apa lagi yang boleh aku lakukan untukmu, nak!”

38

engkau akan bebas daripada kuasanya.”

41Maka Esau membenci Yakub kerana bapanya sudah memberikan berkatnya kepada Yakub. Esau berfikir, “Tidak lama lagi ayah akan meninggal dan apabila masa berkabung selesai, aku akan membunuh Yakub!”

Ishak Menyuruh Yakub Pergi kepada Laban

42Apabila Ribka mendengar tentang rancangan Esau, dia memanggil Yakub dan berkata, “Dengarlah, abangmu Esau merancang untuk membalas dendam dan membunuh engkau.

43Sekarang, hai anakku, buatlah apa yang aku katakan. Pergilah dengan segera kepada abangku Laban, di Haran.

44Tinggallah bersama dengan dia untuk beberapa lama, sampai kemarahan abangmu reda

45dan dia lupa akan perbuatanmu terhadapnya. Kemudian aku akan menghantar orang untuk membawa engkau kembali. Aku tidak mahu kehilangan kedua-dua orang anakku pada hari yang sama.”

46Kemudian Ribka berkata kepada Ishak, “Aku jemu dan bosan dengan isteri-isteri Esau yang berbangsa asing itu. Jika Yakub juga berkahwin dengan gadis Het, lebih baik aku mati saja.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help