1-2Kamu semua begitu bijak, begitu pandai;
sekarang dengarlah kata-kataku ini.
3
untuk mengadili manusia.
24Dia tidak perlu menyelidiki dan menyiasat penguasa
sebelum memecat mereka, dan mengangkat pengganti mereka.
25Kerana Dia tahu apa yang dilakukan mereka,
Dia menggulingkan mereka pada waktu malam dan memusnahkan mereka.
26Dia menghukum orang berdosa di hadapan orang ramai,
27kerana mereka tidak lagi mengikut Dia;
dan mereka tidak mengendahkan segala perintah-Nya.
28Mereka menyebabkan orang miskin berseru kepada Allah,
dan Allah mendengar seruan mereka.
29Jika Allah membuat keputusan untuk diam sahaja,
tiada sesiapa pun dapat mengecam Dia.
Jika Dia menyembunyikan muka-Nya,
tidak sesiapa pun dapat menemukan Dia.
30Maka bangsa-bangsa tidak berdaya
untuk menghalang penindas daripada menguasai mereka.
31Ayub, sudahkah engkau mengakui kesalahanmu kepada Allah?
Sudahkah engkau berjanji tidak akan berdosa semula?
32Sudahkah engkau meminta Allah menunjukkan kesalahan yang tidak engkau ketahui?
Sudahkah engkau bersetuju menghentikan kejahatan itu?
33Oleh sebab engkau tidak menyetujui perbuatan Allah,
engkau tidak boleh mengharapkan Dia mengabulkan kehendakmu.
Engkaulah yang harus membuat keputusan, bukan aku;
beritahulah kami pendapatmu.
34Setiap orang yang berakal pasti akan bersetuju;
setiap orang bijak yang mendengar aku akan berkata
35bahawa Ayub bercakap tanpa mengerti,
dan bahawa kata-katanya tidak mengandung erti.
36Jika ucapan Ayub ditinjau dengan cermat,
akan nyatalah bahawa dia berkata-kata seperti orang jahat.
37Bukan sahaja dia berdosa, malah dia memberontak;
dia mengolok-olokkan Allah di hadapan kita.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.