ULANGAN 17 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Jangan persembahkan lembu atau domba yang cacat kepada TUHAN, Allah kamu; TUHAN membenci perbuatan itu.

2Andaikata kamu mendengar bahawa di salah sebuah kota kamu, ada beberapa orang lelaki atau perempuan yang telah berdosa terhadap TUHAN, dan melanggar perjanjian-Nya

3 kerana TUHAN sudah berfirman bahawa umat-Nya tidak boleh balik ke Mesir.

171 Raj 10.14-22,27, 11.1-8; 2 Taw 1.15, 9.27 Raja itu tidak boleh mempunyai banyak isteri, kerana hal itu akan menyebabkan baginda berpaling daripada TUHAN; raja itu tidak boleh memperkaya diri dengan emas atau perak.

18Apabila baginda ditabalkan menjadi raja, baginda mesti diberikan sebuah kitab hukum Allah yang disalin daripada kitab asli yang disimpan oleh imam-imam suku Lewi.

19Kitab itu mesti selalu ada dekat raja, dan baginda mesti membaca kitab itu seumur hidupnya, supaya baginda belajar menghormati TUHAN dan dengan setia mentaati segala perintah di dalam kitab itu.

20Jika raja berbuat demikian, baginda tidak akan menganggap dirinya lebih baik daripada orang sebangsanya, dan baginda tidak akan melanggar perintah TUHAN dengan cara apa pun. Maka raja akan memerintah Israel untuk masa yang lama, dan keturunannya akan memerintah Israel sampai turun-temurun.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help