1Lalu bangkit Nabi Elia, seorang nabi yang berapi-api. Kata-katanya seperti obor yang menyala.
2Dia mendatangkan bencana kelaparan terhadap bangsanya. Dia menyebabkan banyak orang daripada bangsanya binasa sehingga mereka tinggal sedikit sahaja.
3Dengan kuasa Tuhan dia memerintahkan supaya hujan jangan turun, dan sehingga tiga kali dia mendatangkan api.
4Nabi Elia, mukjizat-mukjizatmu sungguh mengagumkan. Tidak seorang pun dapat berbangga seperti engkau.
5Dengan kuasa Tuhan Yang Maha Tinggi kauhidupkan kembali orang mati.
6Engkau membinasakan raja-raja dan menjatuhkan orang ternama daripada kekuasaan mereka.
7Di Gunung Sinai kaudengar teguran Tuhan, dan di Gunung Horeb kaudengar keputusan-Nya untuk menghukum musuh-musuh-Nya.
8Engkau melantik seorang raja untuk menjalankan hukuman itu dan seorang nabi untuk menggantikan engkau.
9Lalu engkau diangkat ke syurga dalam angin puyuh yang bernyala-nyala, dengan sebuah kereta kuda yang ditarik kuda berapi.
10Dalam Alkitab tertulis bahawa engkau akan kembali pada waktu yang ditentukan untuk meredakan kemurkaan Allah, sebelum kemurkaan itu meledak. Juga tertulis bahawa engkau akan mendamaikan bapa dengan anak serta memulihkan suku-suku Israel.
11Berbahagialah orang yang sempat melihat engkau datang, dan mereka yang telah meninggal dalam kasih, kerana pasti kita pun akan hidup. Nabi Elisa
12Elia diselubungi angin puyuh, lalu rohnya menguasai Elisa. Selama hidup Elisa, dia tidak takut kepada penguasa-penguasa dan tidak dapat ditundukkan oleh sesiapa pun.
15Tetapi walaupun demikian, bangsanya tidak meninggalkan cara hidup mereka yang berdosa, sehingga mereka dibuang dari negeri mereka dan dicerai-beraikan di seluruh dunia. Daripada bangsa itu tinggal sebahagian kecil sahaja dengan seorang penguasa daripada keturunan Raja Daud. 2 Raj 18.11-12
16Sebahagian daripada mereka melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan, sedangkan yang lain terus berdosa.
Raja Hizkia dan Nabi Yesaya17Raja Hizkia memperkukuh kota baginda dengan kubu dan melengkapkannya dengan bekalan air. Baginda menyuruh orang menggali sebuah terusan melalui bukit batu dengan alat-alat besi. Lalu baginda membuat kolam-kolam untuk menampung air itu. 2 Raj 20.20
18Dalam masa pemerintahan baginda, kota baginda diserang oleh Raja Sanherib. Raja Sanherib mengutus Rabsyake, seorang pegawai tinggi. Utusan itu mengancam kota Yerusalem dan bertutur dengan sombongnya. 2 Raj 18.13-17
19Orang Israel menjadi patah semangat dan gementar ketakutan. Mereka menderita seperti perempuan yang mahu bersalin.
20Tetapi mereka berdoa dengan tangan terangkat kepada Tuhan yang penuh belas kasihan. Dari syurga, Tuhan yang suci segera mendengar doa mereka dan mengutus Nabi Yesaya untuk menyelamatkan mereka.
21Tuhan memukul perkhemahan orang Asyur, dan malaikat-Nya melenyapkan mereka 2 Raj 19.15—20.21
22kerana Raja Hizkia melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan dan berpegang teguh pada teladan Raja Daud nenek moyang baginda. Hal itu dilakukan oleh baginda sesuai dengan perintah Yesaya, nabi agung itu, dengan mempercayakan penglihatan-penglihatannya.
23Nabi itu membuat matahari bergerak ke belakang dan memperpanjang nyawa baginda. 2 Raj 20.10-11
24Dia menenteramkan orang yang berkabung di Yerusalem. Dengan rohnya yang mulia dia melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan
25dan meramalkan kejadian-kejadian hingga akhir zaman, serta hal-hal tersembunyi sebelum berlaku.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.