ROMA 15 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Senangkan Hati Orang Lain, Bukan Diri Sendiri

1Kita yang mempunyai iman teguh harus menolong orang yang lemah keyakinan untuk memikul beban mereka. Janganlah kita lakukan hal-hal yang menyenangkan hati kita sahaja.

2Sebaliknya setiap orang daripada kita harus menyenangkan hati saudaranya bagi kebaikannya, supaya imannya menjadi semakin teguh.

3 Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka.

92 Sam 22.50; Mzm 18.50 Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis,

“Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi,

aku akan memuji Engkau,

aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.”

10 Ul 32.43 Ada tertulis begini pula,

“Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!”

11 Mzm 117.1 Ada tertulis begini pula,

“Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi;

pujilah Dia, hai semua orang!”

12 Yes 11.10 Nabi Yesaya juga berkata,

“Seorang daripada keturunan Isai akan datang;

Dia akan memerintah orang bukan Yahudi,

dan mereka akan berharap kepada-Nya.”

13Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.

Sebabnya Paulus Menulis dengan Tegas

14Saudara-saudaraku! Aku yakin bahawa kamu sangat baik, dan kamu mengetahui segala sesuatu yang patut kamu lakukan. Kamu juga dapat saling menasihati.

15Tetapi dalam suratku ini aku menulis dengan terus terang untuk mengingatkan kamu tentang beberapa buah perkara. Aku menulis dengan tegas, kerana Allah sudah mengurniai aku tugas khas.

16Aku dijadikan hamba Kristus Yesus untuk menolong orang bukan Yahudi. Aku melakukan tugas seorang imam sewaktu aku mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah, supaya orang bukan Yahudi menjadi sebagai suatu persembahan yang menyenangkan hati Allah, dan yang ditahbiskan kepada-Nya oleh Roh Allah.

17Kerana aku bersatu dengan Kristus Yesus, aku berbangga dengan kerjaku untuk Allah.

18Aku akan berani berkata-kata dan hanya tentang apa yang sudah dilakukan oleh Kristus melalui aku, supaya orang bukan Yahudi taat kepada Allah. Hal itu dilakukan dengan kata-kata dan perbuatan,

19dengan keajaiban dan mukjizat, serta dengan kuasa Roh Allah. Aku sudah mengisytiharkan keseluruhan Berita Baik tentang Kristus, dalam perjalananku dari Yerusalem sampai ke Ilirikum.

20Aku berazam mengisytiharkan Berita Baik di tempat orang yang belum pernah mendengar tentang Kristus, supaya aku tidak membina kerja di atas asas yang diletakkan oleh orang lain.

21Yes 52.15 Di dalam Alkitab tertulis,

“Mereka yang belum pernah menerima berita tentang Dia akan melihat,

dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.”

Rancangan Paulus untuk Melawat Roma

22 Rm 1.13 Itulah sebabnya banyak kali aku terhalang melawat kamu.

23Tetapi sekarang kerjaku di daerah-daerah ini sudah selesai. Sudah bertahun-tahun lamanya aku ingin berjumpa dengan kamu.

24Dalam perjalananku ke negeri Sepanyol, aku akan singgah di kota kamu. Selepas beberapa lama bergembira dengan kamu, aku berharap kamu dapat menolong aku meneruskan perjalanan ke Sepanyol.

25Tetapi sekarang ini aku akan pergi ke Yerusalem untuk membawa bantuan bagi umat Allah di situ.

261 Kor 16.1-4 Jemaah di Makedonia dan Akhaya dengan sukacita membuat keputusan untuk memberikan derma kepada saudara-saudara yang miskin di kalangan umat Allah di Yerusalem.

271 Kor 9.11 Mereka sendiri membuat keputusan itu. Memang sebenarnya mereka patut menolong saudara-saudara yang miskin itu, kerana orang bukan Yahudi sudah menerima berkat rohani daripada orang Yahudi. Dengan demikian orang bukan Yahudi patut menolong orang Yahudi dengan berkat kebendaan.

28Apabila aku menyelesaikan tugas itu, dan menyerahkan semua wang derma itu kepada mereka, aku akan berangkat ke negeri Sepanyol dan akan melawat kamu dalam perjalanan ke sana.

29Apabila aku datang kepada kamu, aku akan berkongsi berkat yang berlimpah-limpah daripada Kristus dengan kamu.

30Demi Tuhan kita Yesus Kristus, dan demi kasih yang dikurniakan oleh Roh Allah, aku menggesa kamu supaya berdoa dengan tekun kepada Allah bersama-sama aku untukku.

31Berdoalah supaya orang di Yudea yang tidak percaya kepada Yesus Kristus tidak mencederakan aku, dan supaya umat Allah di Yerusalem senang hati dengan apa yang aku lakukan untuk menolong mereka.

32Kemudian jika diperkenankan Allah, aku akan datang kepada kamu dengan penuh kegembiraan, dan lawatan itu akan menggembirakan dan menyegarkan aku.

33Semoga Allah, sumber kedamaian kita, menyertai kamu semua. Amin.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help