1Pada hari kelima, bulan keenam dalam tahun keenam masa kami dalam buangan, para pemimpin orang buangan dari Yehuda berada di rumahku. Tiba-tiba kuasa TUHAN Raja menguasai aku.
2 yang lain, dan juga gambar berhala-berhala yang disembah umat Israel.
11Tujuh puluh orang pemimpin Israel berada di situ, termasuk Yaazanya anak Safan. Setiap orang memegang sebuah perbaraan yang mengepulkan asap.
12Lalu Allah bertanya kepadaku, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin Israel dengan diam-diam? Mereka semua bersembahyang di dalam bilik yang penuh berhala dengan alasan bahawa Aku tidak nampak mereka dan Aku telah meninggalkan negeri ini.”
13Lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat mereka melakukan hal-hal yang lebih menjijikkan daripada hal itu.”
14Maka Dia membawa aku ke pintu gerbang utara Rumah TUHAN. Di situ aku diperlihatkan-Nya perempuan-perempuan yang sedang menangisi kematian Dewa Tamus.
15Dia bertanya, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak hal itu? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih menjijikkan lagi.”
16Oleh itu Dia membawa aku ke halaman dalam di Rumah TUHAN. Di situ, dekat pintu masuk ke tempat suci, di antara mazbah dan serambi, ada kira-kira dua puluh lima orang lelaki. Mereka membelakangi tempat suci itu dan bersujud ke arah timur untuk menyembah matahari yang terbit.
17TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak hal itu? Penduduk Yehuda tidak puas dengan perbuatan mereka yang menjijikkan ataupun keganasan yang telah dilakukan mereka di seluruh negeri ini. Bahkan mereka melakukan semua itu di sini juga, di dalam Rumah-Ku dan membuat Aku lebih murka lagi. Lihatlah bagaimana mereka menghina Aku dengan cara yang paling keji!
18Mereka akan merasai kedahsyatan kemurkaan-Ku. Aku tidak akan melepaskan mereka ataupun mengasihani mereka. Mereka akan meneriakkan doa kepada-Ku dengan sekuat-kuatnya, tetapi Aku tidak akan mendengar mereka.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.