1-3Ketika kota Yerusalem direbut oleh Raja Nebukadnezar dari Babilonia, Mordekhai, seorang Yahudi daripada suku Benyamin, diangkut sebagai tawanan bersama dengan Raja Yekhonya dari Yehuda. Mordekhai ialah anak Yair, keturunan Kis dan Simei. Dia tinggal di kota Susan di Persia dan menjadi pegawai tinggi di istana Raja Agung Ahasyweros.
Dalam tahun kedua pemerintahan Raja Ahasyweros, pada tarikh satu bulan Nisan, Mordekhai bermimpi 2 Raj 24.10-16
4begini: Tiba-tiba ada bunyi, kegemparan, petir, dan gempa bumi serta kekacauan yang dahsyat di bumi.
5Lalu muncullah dua ekor naga besar, siap untuk bertarung satu dengan yang lain. Naga-naga itu mengeluarkan bunyi gemuruh.
6Apabila mendengar bunyi itu, semua bangsa bersiap untuk berperang melawan umat Allah.
7Itulah hari yang gelap dan suram bagi dunia, penuh kesengsaraan dan kecemasan, kesukaran dan kekacauan besar.
8Seluruh umat Allah ketakutan kerana malapetaka yang akan menimpa mereka. Mereka sudah siap untuk mati,
9dan berteriak minta pertolongan kepada Allah. Oleh sebab teriakan mereka, timbullah sebuah mata air kecil yang menjadi sungai besar yang banyak airnya.
10Fajar menyingsing dan hari menjadi siang. Orang yang hina-dina dimuliakan dan orang yang berkuasa dibinasakan.
11Lalu Mordekhai terbangun daripada mimpinya yang menunjukkan kepadanya apa yang akan dilakukan Allah. Sepanjang hari, dia memikirkan mimpi itu dan berusaha untuk mengetahui ertinya.
Mordekhai Menyelamatkan Raja12Pada suatu hari Mordekhai sedang berehat di pekarangan istana. Waktu itu dua orang pegawai istana, iaitu Bigtan dan Teres, sedang berkawal.
13Mordekhai mendengar kedua-dua orang itu berkomplot, lalu dia menyelidiki maksud mereka. Diketahuinya bahawa mereka membuat rancangan untuk membunuh Raja Ahasyweros. Hal itu disampaikannya kepada raja,
14dan raja memerintahkan supaya kedua-dua orang itu disiasat. Mereka mengaku, lalu dihukum mati.
15Raja memerintahkan peristiwa itu dicatat dalam piagam negara, dan Mordekhai sendiri juga mencatatnya.
16Lalu raja memberi Mordekhai suatu jawatan tinggi di dalam istana, serta memberi dia banyak hadiah untuk membalas jasanya.
17Tetapi Haman anak Hamedata yang sangat dihormati oleh raja, berusaha untuk mencelakakan Mordekhai dan bangsanya kerana dia telah menyebabkan kematian kedua-dua orang pegawai istana itu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.