1 MAKABE 4 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kemenangan Dekat Emaus

1Gorgias dengan 5,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan 1,000 orang pasukan berkuda yang paling berpengalaman meninggalkan perkhemahan pada waktu malam,

2untuk melakukan serangan tiba-tiba terhadap perkhemahan Yahudi. Mereka dihantar oleh beberapa orang penunjuk jalan dari kubu di Yerusalem.

3Tetapi Yudas mendengar hal itu, maka dia dan pasukannya berangkat untuk menyerang pasukan raja di Emaus,

4sementara Gorgias dan pasukannya masih terpencar di luar perkhemahan.

5Malam itu Gorgias dan pasukannya sampai di perkhemahan Yudas, tetapi mereka tidak mendapati seorang pun di sana. Mereka menyangka Yudas dan anak buahnya sudah melarikan diri. Maka pergilah pasukan Gorgias mencari mereka di pergunungan.

6Ketika fajar menyingsing, Yudas bersama 3,000 orang muncul di dataran. Senjata mereka tidak selengkap seperti yang diinginkan oleh mereka.

7Mereka melihat perkhemahan orang asing yang kuat dan kubu-kubu mereka dikelilingi pasukan berkuda, semuanya orang yang terlatih dalam perang.

8Tetapi Yudas berkata kepada anak buahnya, “Jangan cemas melihat pasukan mereka yang besar, dan jangan takut kalau mereka menyerang kita.

9Ingatlah bagaimana nenek moyang kita diselamatkan di Laut Gelagah ketika mereka dikejar oleh raja Mesir dan pasukannya.

10Marilah kita sekarang berseru kepada Tuhan supaya Dia mengasihani kita. Semoga Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan nenek moyang kita dan membinasakan pasukan yang kita hadapi hari ini.

11Maka semua bangsa asing akan tahu bahawa Israel mempunyai Allah yang membebaskan dan menyelamatkan umat-Nya.”

12Apabila semua orang asing itu melihat Yudas dan anak buahnya datang berperang,

13mereka keluar dari perkhemahan mereka untuk bertempur. Yudas dan anak buahnya meniup trompet dan

14mulai berperang. Pasukan asing itu digempur sehingga melarikan diri ke dataran,

15tetapi mereka yang berjalan di belakang dibinasakan. Orang Israel mengejar musuh hingga sejauh Gezer, dataran Idumea, dan kota-kota Asdod, serta Yamnia. Daripada pihak musuh ada sekitar 3,000 orang yang terbunuh.

16Apabila Yudas dan pasukannya kembali daripada pengejaran,

17-18dia berkata kepada anak buahnya, “Jangan serakah mengambil barang jarahan. Gorgias dan pasukannya masih ada dekat pergunungan ini. Kita masih menghadapi pertempuran lain. Kita harus tetap tabah dan berjuang. Sesudah itu kamu dapat mengambil barang jarahan dengan leluasa.”

19Sesudah Yudas selesai bercakap, sebahagian pasukan musuh muncul dari pergunungan.

20Pasukan musuh itu melihat bahawa tentera mereka sudah lari. Daripada asap yang mengepul mereka tahu bahawa perkhemahan mereka terbakar.

21Apabila melihat semua itu, mereka gempar. Ketika mereka melihat pasukan Yudas pula di dataran dalam keadaan siap untuk bertempur,

22mereka semua lari ke Filistea.

23Lalu Yudas kembali untuk menjarah perkhemahan musuh. Mereka mengambil sejumlah besar emas dan perak, kain biru dan merah ungu serta banyak harta yang lain.

24Kemudian orang Yahudi kembali ke perkhemahan mereka dan menyanyikan lagu pujian ini, “Pujilah Tuhan kerana Dia baik. Belas kasihan-Nya kekal abadi.”

25Pada hari itu bangsa Israel mendapat kemenangan besar.

Kemenangan terhadap Lisias(2 Mak 11.1-12)

26Semua orang asing yang dapat menyelamatkan diri melaporkan segala kejadian itu kepada Lisias.

27Apabila mendengar laporan itu Lisias terperanjat dan putus asa, kerana apa yang dirancangkannya terhadap Israel tidak terjadi, dan apa yang diperintahkan raja kepadanya tidak terlaksana.

28Dalam tahun berikutnya Lisias mengerahkan 60,000 orang pasukan tentera berjalan kaki yang dipilih khas, dan 5,000 orang pasukan berkuda untuk memerangi orang Yahudi.

29Mereka masuk ke daerah Idumea dan berkhemah dekat dengan kota Bet-Zur. Yudas mendatangi mereka dengan 10,000 orang.

30Apabila Yudas melihat tentera musuh yang kuat itu, dia berdoa, “Terpujilah Engkau, Penyelamat Israel. Dengan tangan hamba-Mu Daud, Kaugagalkan serangan seorang yang gagah perkasa. Seluruh pasukan Filistin Kauserahkan ke tangan Yonatan anak Saul dan pembawa senjatanya.

45Lalu mereka mendapat ilham baik untuk membongkarnya supaya mereka tidak dihina kerananya, oleh sebab mazbah itu sudah dicemarkan oleh orang asing. Maka mazbah itu dibongkar oleh mereka,

46dan batu-batunya diletakkan di tempat yang sesuai di bukit Rumah Allah. Sementara itu mereka menunggu seorang nabi yang akan memberi keputusan tentang batu-batu itu.

47Lalu sesuai dengan Taurat Musa, mereka mengambil batu-batu yang tidak dipahat dan mendirikan sebuah mazbah baru seperti yang lama. adalah hari ulang tahun mazbah dicemarkan oleh orang asing. Pada hari itu juga, di atas mazbah yang baru, korban yang sesuai dengan Taurat Musa dipersembahkan. Mereka mentahbiskan mazbah yang baru sambil menyanyikan lagu-lagu dengan iringan gambus, kecapi, dan canang. korban untuk memohon berkat Tuhan, dan korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan.

57Bahagian hadapan Rumah Tuhan dihias dengan hiasan emas dan perisai-perisai. Pintu-pintu gerbang dibina semula, bilik-bilik para imam diperbaharui dan pintu-pintunya dipasang.

58Seluruh rakyat sangat bersukacita kerana penghinaan yang didatangkan oleh orang asing sudah dihapuskan.

59Lalu Yudas, saudara-saudaranya, dan seluruh rakyat menetapkan bahawa pentahbisan mazbah itu harus dirayakan setiap tahun dengan penuh kegembiraan selama lapan hari, mulai tarikh dua puluh lima bulan Kislew.

60Kemudian mereka membina tembok-tembok yang tinggi dan menara-menara yang kuat di sekeliling Bukit Sion supaya orang asing tidak dapat masuk dan mencemarkannya lagi.

61Yudas menempatkan sepasukan askar di situ untuk menjaganya. Dia juga memperkuat kota Bet-Zur supaya orang Israel mempunyai kubu yang menghadap ke Idumea.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help