1Pada hari pertama bulan kedua, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir, TUHAN berfirman kepada Musa di dalam Khemah TUHAN di Gurun Sinai. Dia berfirman,
2“Engkau dan Harun harus membanci orang Israel menurut puak dan keluarga. Buatlah senarai nama semua orang lelaki
3yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar.
4Mintalah seorang penghulu puak daripada tiap-tiap suku untuk menolong kamu.”
5-16Inilah semua orang lelaki, iaitu para pemimpin dalam suku mereka, yang dipilih dari antara umat untuk melakukan tugas itu:
Suku
Pemimpin
Ruben
Elizur anak Syedeur
Simeon
Selumiel anak Zurisyadai
Yehuda
Nahason anak Aminadab
Isakhar
Netaneel anak Zuar
Zebulon
Eliab anak Helon
Efraim
Elisama anak Amihud
Manasye
Gamaliel anak Pedazur
Benyamin
Abidan anak Gideoni
Dan
Ahiezer anak Amisyadai
Asyer
Pagiel anak Okhran
Gad
Elyasaf anak Dehuel
Naftali
Ahira anak Enan
17Dengan bantuan dua belas orang itu, Musa dan Harun
18mengumpulkan segenap umat pada hari pertama bulan kedua. Semua orang didaftarkan menurut puak dan keluarga masing-masing. Nama setiap orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas didaftarkan dan dihitung,
19sebagaimana yang diperintahkan TUHAN. Musa mendaftarkan mereka di Gurun Sinai.
20-46Bil 26.1-51 Nama orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar, didaftarkan menurut puak dan keluarga, bermula dengan suku Ruben, anak lelaki sulung Yakub. Jumlah mereka adalah seperti berikut:
Suku
Bilangan Orang
Ruben
46,500
Simeon
59,300
Gad
45,650
Yehuda
74,600
Isakhar
54,400
Zebulon
57,400
Efraim
40,500
Manasye
32,200
Benyamin
35,400
Dan
62,700
Asyer
41,500
Naftali
53,400
Jumlah:
603,550
47Orang Lewi tidak didaftarkan bersama dengan suku-suku lain,
48kerana TUHAN sudah berfirman kepada Musa,
49“Apabila engkau membanci orang lelaki yang layak menjadi askar, jangan banci suku Lewi.
50Tetapi suruhlah orang Lewi mengurus Khemah-Ku dan segala peralatannya. Mereka harus memikul Khemah dan peralatannya, serta bertugas di situ. Mereka juga harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku.
51Apabila kamu memindahkan perkhemahan, orang Lewi harus menggulung Khemah-Ku, dan memasangnya semula di tempat yang baru. Selain orang Lewi, sesiapa yang menghampiri Khemah-Ku mesti dihukum mati.
52Orang Israel lain harus berkhemah dalam kumpulan, dan setiap orang dalam kelompoknya sendiri, dan di bawah panji masing-masing.
53Tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku untuk mengawalnya supaya tiada sesiapa pun akan menghampirinya, lalu menyebabkan Aku murka dan menghukum umat Israel.”
54Maka umat Israel melakukan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.