MARKUS 13 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Yesus Berkata-kata tentang Keruntuhan Rumah Tuhan(Mat 24.1-2; Luk 21.5-6)

1Ketika Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, seorang daripada para pengikut-Nya berkata, “Guru, lihatlah! Betapa indahnya batu-batu dan bangunan-bangunan ini!”

2Yesus menjawab, “Kamu melihat bangunan-bangunan yang indah ini, bukan? Satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya. Semuanya akan dirobohkan.”

Kesusahan dan Penganiayaan(Mat 24.3-14; Luk 21.7-19)

3Kemudian Yesus pergi ke Bukit Zaitun lalu duduk di tempat yang berhadapan dengan Rumah Tuhan. Petrus, Yakobus, Yohanes, dan Andreas datang kepada-Nya.

4Mereka berkata kepada Yesus, “Guru, beritahulah kami; bilakah semua perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?”

5Yesus berkata kepada mereka, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu.

6Banyak orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, ‘Akulah dia!’ Mereka akan menipu banyak orang.

7Janganlah risau apabila kamu mendengar riuh pertempuran dan berita peperangan. Semua perkara ini mesti berlaku, tetapi hal itu tidak bererti bahawa akhir zaman telah tiba.

8Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Sebuah kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Di mana sahaja akan berlaku gempa bumi dan kebuluran. Semua ini hanya permulaan, sama seperti sakit yang dialami wanita yang akan bersalin.

9Kamu sendiri mesti berhati-hati. Kamu akan ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Kamu akan dipukul di rumah ibadat. Kamu akan dihadapkan kepada penguasa dan raja kerana kamu pengikut-Ku, lalu kamu akan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada mereka.

10Berita Baik itu mesti dikhabarkan terlebih dahulu kepada semua bangsa.

11

30Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya.

31Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.”

Tidak Seorang pun Mengetahui Hari dan Waktunya(Mat 24.36-44)

32 Mat 24.36 “Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu.

33Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya.

34Luk 12.36-38 Keadaannya seperti seorang yang meninggalkan rumahnya lalu pergi ke tempat yang jauh. Dia menyuruh hamba-hambanya menjaga rumah, setelah dia memberikan tugas kepada mereka. Kepada penjaga pintu, dia berpesan supaya berjaga baik-baik.

35Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya tuan rumah itu balik; mungkin pada petang hari, tengah malam, subuh, atau pada waktu matahari terbit.

36Jika dia datang dengan tiba-tiba, janganlah kamu didapati tidur.

37Apa yang Aku katakan kepada kamu, Aku katakan juga kepada semua orang: Berjaga-jagalah!”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help