YOSUA 5 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Semua raja orang Amori di sebelah barat Sungai Yordan dan semua raja orang Kanaan di sepanjang pantai Laut Tengah mendengar bahawa TUHAN telah mengeringkan Sungai Yordan sehingga umat Israel sudah menyeberanginya. Raja-raja itu takut dan hilang semangat kerana umat Israel.

Bersunat di Gilgal

2Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Buatlah beberapa bilah pisau daripada batu dan sunatlah orang Israel.”

3Yosua menurut perintah TUHAN lalu menyunatkan orang Israel di tempat yang dinamakan Bukit Sunat.

4-6 sampai pada hari ini.

10 Kel 12.1-13 Ketika umat Israel berkhemah di Gilgal di dataran berhampiran dengan kota Yerikho, mereka merayakan Paska pada waktu senja, pada hari keempat belas bulan itu.

11Esok harinya, untuk kali pertama mereka makan hasil tanaman di Kanaan: biji-bijian yang dipanggang dan roti tanpa ragi.

12Kel 16.35 Pada masa itu manna tidak lagi jatuh ke tanah dan umat Israel tidak mendapatnya lagi. Mulai hari itu, mereka makan hasil tanaman di Kanaan.

Yosua dengan Seorang Lelaki yang Berpedang

13Ketika Yosua berada dekat kota Yerikho, tiba-tiba dia nampak seorang lelaki dengan pedang terhunus, berdiri di hadapannya. Yosua menghampiri dia dan bertanya, “Adakah kamu ini salah seorang askar kami atau seorang musuh?”

14Orang itu menjawab, “Aku bukan askar kamu dan bukan musuh. Aku panglima tentera TUHAN.”

Yosua bersujud menyembah dan berkata, “Saya hamba tuan. Apakah perintah tuan kepada saya?”

15Panglima tentera TUHAN berkata, “Tanggalkanlah kasutmu, kerana tempat engkau berdiri itu suci.” Lalu Yosua menanggalkan kasutnya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help