BILANGAN 2 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Tempat Setiap Suku dalam Perkhemahan

1TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa dan Harun.

2Pada masa orang Israel berkhemah, setiap orang harus berkhemah di bawah panji kumpulannya, dan di bawah lambang puaknya. Khemah-khemah harus dipasang di sekeliling Khemah TUHAN tetapi tidak terlalu dekat.

3-9Di bahagian timur, orang di bawah panji kumpulan Yehuda harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:

Suku

Pemimpin

Bilangan Orang

Yehuda

Nahason anak Aminadab

74,600

Isakhar

Netaneel anak Zuar

54,400

Zebulon

Eliab anak Helon

57,400

Jumlah:

186,400

Kumpulan Yehuda adalah kumpulan pertama yang berangkat.

10-16Di bahagian selatan, orang di bawah panji kumpulan Ruben harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:

Suku

Pemimpin

Bilangan Orang

Ruben

Elizur anak Syedeur

46,500

Simeon

Selumiel anak Zurisyadai

59,300

Gad

Elyasaf anak Rehuel

45,650

Jumlah:

151,450

Kumpulan Ruben adalah kumpulan kedua yang berangkat.

17Sesudah itu, orang Lewi yang memikul Khemah TUHAN harus berjalan di antara dua kumpulan yang pertama dan dua kumpulan yang terakhir. Tiap-tiap kumpulan harus berjalan menurut susunan semasa berkhemah; masing-masing pada tempatnya dan di bawah panjinya.

18-24Di bahagian barat, orang di bawah panji kumpulan Efraim harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:

Suku

Pemimpin

Bilangan Orang

Efraim

Elisama anak Amihud

40,500

Manasye

Gamaliel anak Pedazur

32,200

Benyamin

Abidan anak Gideoni

35,400

Jumlah:

108,100

Kumpulan Efraim adalah kumpulan ketiga yang harus berangkat.

25-31Di bahagian utara, orang di bawah panji kumpulan Dan harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:

Suku

Pemimpin

Bilangan Orang

Dan

Ahiezer anak Amisyadai

62,700

Asyer

Pagiel anak Okhran

41,500

Naftali

Ahira anak Enan

53,400

Jumlah:

157,600

Kumpulan Dan adalah kumpulan terakhir yang berangkat.

32Jumlah orang Israel yang didaftarkan di dalam kumpulan-kumpulan itu, kelompok demi kelompok, adalah 603,550 orang.

33Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, suku Lewi tidak didaftarkan bersama dengan orang Israel lain.

34Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help