YESAYA 65 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Hukuman Allah bagi Pemberontak

1 dan membakar kemenyan di mazbah-mazbah dewa.

4Pada waktu malam mereka pergi ke gua dan kubur untuk minta nasihat arwah. Mereka makan daging babi dan minum kuah daging yang telah dipersembahkan kepada berhala.

5Kemudian mereka berkata, ‘Jauhilah kami. Jangan sentuh kami kerana kami terlalu suci bagi kamu!’ Aku membenci orang yang berkelakuan demikian. Kemurkaan-Ku terhadap mereka seperti api yang tidak pernah padam.

6Aku telah menentukan hukuman bagi mereka. Hukuman itu telah Kutuliskan. Aku tidak akan membiarkan perbuatan mereka. Aku akan membalas

7dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka. Mereka telah membakar kemenyan untuk dewa-dewa di tempat pemujaan di bukit, dan menghina Aku. Oleh itu Aku akan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.”

8TUHAN berfirman, “Tiada sesiapa pun memusnahkan buah anggur yang baik; sebaliknya mereka membuat wain daripadanya. Aku pun tidak akan membinasakan semua umat-Ku; Aku akan menyelamatkan mereka yang mengabdikan diri kepada-Ku.

9Aku akan memberkati umat Israel daripada suku Yehuda. Keturunan mereka akan memiliki tanah pergunungan-Ku. Umat pilihan-Ku yang mengabdikan diri kepada-Ku akan tinggal di situ.

10 dan yang menyembah Gad dan Meni, dewa nasib dan dewa takdir.

12Kamu akan mati dengan dahsyatnya kerana kamu tidak menjawab ketika Aku memanggil, dan kamu tidak mendengar ketika Aku berfirman. Kamu sengaja tidak mahu taat kepada-Ku dan kamu sengaja melakukan kejahatan.

13Sesungguhnya, orang yang menyembah Aku dan taat kepada-Ku akan mendapat banyak makanan dan minuman, tetapi kamu akan lapar dan dahaga. Mereka akan gembira tetapi kamu akan dihina.

14Mereka akan menyanyi dengan gembira, sedangkan kamu akan menangis dan putus asa.

15Umat pilihan-Ku akan menggunakan nama kamu sebagai kutukan. Aku, TUHAN Raja akan membunuh kamu, tetapi kepada mereka yang taat kepada-Ku akan Kuberikan nama yang baru.

16Sesiapa yang tinggal di negeri itu, dan yang memohon berkat akan minta diberkati oleh Allah yang setia. Sesiapa yang bersumpah, akan bersumpah demi Allah yang setia. Hal itu demikian kerana penderitaan pada masa yang lalu telah lenyap dan dilupakan.”

Ciptaan Baru

17 tidak lagi terdapat perkara yang berbahaya ataupun jahat.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help