1 SAMUEL 28 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Beberapa waktu kemudian, orang Filistin mengerah tentera mereka untuk menyerang Israel. Raja Akhis bertitah kepada Daud, “Tentu kamu faham bahawa kamu dan anak buahmu wajib berpihak kepada beta.”

2Daud menjawab, “Tentu, nanti tuanku akan nampak sendiri apa yang dapat dilakukan hamba tuanku ini.”

“Baiklah,” titah Raja Akhis. “Beta akan menjadikan kamu pengawal peribadi beta yang tetap.”

Raja Saul Menemui Seorang Pemanggil Arwah

3 Mengapa tuan mencuba mencelakakan saya sehingga saya dibunuh?”

10Kemudian Raja Saul bersumpah, “Demi TUHAN yang hidup, aku berjanji bahawa kamu tidak akan dihukum kerana melakukan perkara ini.”

11“Arwah siapakah yang harus saya panggil untuk tuan?” tanya perempuan itu.

“Arwah Samuel,” jawab Raja Saul.

12Apabila perempuan itu nampak Samuel, dia berteriak dan berkata kepada Raja Saul, “Mengapa tuanku menipu hamba? Tuanku Raja Saul!”

13Raja Saul bertitah kepadanya, “Jangan takut! Beritahukanlah apa yang kamu nampak!”

Perempuan itu berkata, “Hamba nampak roh muncul dari bumi.”

14Raja Saul bertanya lagi, “Bagaimanakah rupanya?”

Perempuan itu menjawab, “Rupanya seperti seorang lelaki tua. Dia memakai jubah.”

Raja Saul sedar bahawa itulah arwah Samuel, lalu baginda bersujud untuk menghormatinya.

15Samuel berkata kepada Raja Saul, “Mengapa kamu mengganggu aku dan memanggil aku kembali?”

Raja Saul menjawab, “Aku dalam kesusahan besar! Orang Filistin menyerang aku, dan Allah sudah meninggalkan aku. Dia tidak menjawab aku lagi, sama ada dengan perantaraan nabi ataupun mimpi. Itulah sebabnya aku memanggil kamu, supaya kamu memberitahu aku apa yang harus kulakukan.”

16Samuel berkata, “Apa gunanya kamu memanggil aku jika TUHAN sudah meninggalkan kamu, dan menjadi musuh kamu?

171 Sam 15.28 TUHAN sudah melakukan apa yang telah difirmankan-Nya kepadamu melalui aku. TUHAN sudah mengambil kerajaan Israel daripadamu, lalu memberikannya kepada Daud.

181 Sam 15.3-9 Kamu tidak taat kepada perintah TUHAN. Kamu tidak memunahkan orang Amalek dan segala milik mereka. Itulah sebabnya TUHAN melakukan perkara ini kepadamu sekarang.

19Dia akan menyerahkan kamu dan orang Israel kepada orang Filistin. Esok kamu dan putera-puteramu akan menyertai aku; bahkan tentera Israel pun akan diserahkan TUHAN kepada orang Filistin.”

20Ketika itu juga Raja Saul jatuh terlentang di tanah kerana sangat ketakutan mendengar kata-kata Samuel. Lagi pun baginda sangat lemah kerana tidak makan apa-apa sehari semalam.

21Perempuan itu menghampiri Raja Saul dan mengetahui bahawa baginda sangat cemas. Oleh itu perempuan itu berkata kepada baginda, “Tuanku, hamba sudah mempertaruhkan nyawa untuk memenuhi permintaan tuanku.

22Sekarang kabulkanlah permohonan hamba. Makanlah sedikit makanan yang akan hamba hidangkan supaya tuanku dapat meneruskan perjalanan.”

23Raja Saul menolak dan bertitah bahawa baginda tidak mahu santap. Tetapi pegawai-pegawai Raja Saul pun mendesaknya supaya santap. Akhirnya Raja Saul menurut; baginda bangun dari tanah lalu duduk di atas tempat tidur.

24Dengan segera perempuan itu menyembelih seekor anak lembu yang gemuk. Dia juga mengambil tepung dan menyiapkannya, lalu memasak roti yang tidak beragi.

25Dia menghidangkan makanan itu kepada Raja Saul dan pegawai-pegawainya, lalu mereka pun makan. Kemudian mereka berangkat pada malam itu juga.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help