1 SAMUEL 19 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Daud Dianiaya oleh Raja Saul

1Raja Saul memberitahu Yonatan, puteranya, dan semua pegawainya bahawa baginda merancang untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat mengasihi Daud,

2lalu dia berkata kepada Daud, “Bapaku berusaha untuk membunuh kamu. Esok pagi berhati-hatilah. Bersembunyilah di suatu tempat rahsia dan tinggallah di situ.

3Aku akan pergi ke padang bersama dengan bapaku dan berdiri dekat tempat kamu bersembunyi. Lalu aku akan bercakap dengan dia tentang maksudnya terhadapmu. Jika aku mengetahui apa-apa, aku akan memberitahu kamu.”

4Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud kepada Raja Saul, katanya, “Ayah, janganlah celakakan Daud, hamba ayah. Dia tidak berbuat kesalahan apa-apa terhadap ayah; sebaliknya, dia sudah berjasa banyak kepada ayah.

5Dia telah mempertaruhkan nyawanya ketika dia membunuh Goliat, dan TUHAN telah memberikan kemenangan yang besar kepada Israel. Ayah sendiri telah menyaksikannya, dan ayah berasa gembira pada waktu itu. Mengapakah sekarang ayah hendak menganiaya seorang yang tidak bersalah, dan mahu membunuh Daud tanpa sebab?”

6Raja Saul insaf setelah mendengar kata-kata Yonatan itu, lalu baginda bersumpah demi TUHAN bahawa baginda tidak akan membunuh Daud.

7Selepas itu Yonatan memanggil Daud dan memberitahunya semua percakapan tadi. Kemudian Yonatan membawa Daud kepada Raja Saul, lalu Daud berkhidmat kepada Raja Saul seperti dahulu.

8Kemudian perang dengan orang Filistin berlaku semula. Daud menyerang dan mengalahkan orang Filistin sama sekali sehingga mereka lari.

9Pada suatu hari Raja Saul sedang duduk sambil memegang tombak di rumah. Tiba-tiba Raja Saul dirasuk lagi oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN. Pada masa itu Daud berada di situ dan sedang memainkan kecapinya.

10Raja Saul cuba menancapkan tombak itu kepada Daud yang berada dekat dinding, tetapi Daud mengelak, sehingga tombak itu tertancap pada dinding. Daud lari untuk menyelamatkan diri.

11 sekumpulan nabi sedang menari dan berteriak bersama, dan mereka dipimpin oleh Samuel. Para utusan Raja Saul itu dikuasai Roh Allah, lalu mereka pun mula menari dan berteriak.

21Apabila Raja Saul mendengar berita itu, baginda mengirim lebih banyak lagi utusan lain. Tetapi mereka pun mula menari dan berteriak. Untuk kali yang ketiga Raja Saul mengirimkan utusan, tetapi hal yang sama berlaku kepada mereka.

22Oleh itu Raja Saul sendiri berangkat ke Rama. Apabila baginda tiba di perigi yang besar di Sekhu, baginda bertanya di mana Samuel dan Daud berada. Orang di situ memberitahu baginda bahawa mereka berada di Nayot.

23Apabila Raja Saul sedang menuju ke sana, baginda juga dikuasai oleh Roh Allah, sehingga baginda menari dan berteriak sepanjang perjalanan ke Nayot.

241 Sam 10.11-12 Setelah sampai di sana, Raja Saul menanggalkan pakaiannya dan menari serta berteriak di hadapan Samuel. Kemudian Raja Saul berbaring dengan bertelanjang sepanjang hari dan malam. (Itulah asal mulanya orang berkata, “Adakah Saul juga menjadi nabi?”)

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help