1Daripada keturunan Yakub, Tuhan membangkitkan seorang salih yang menjadi kesayangan setiap orang. Dia dikasihi Allah mahupun manusia. Orang itu Musa, dan dia dikenang dengan puji-pujian.
2Tuhan membuat dia seagung malaikat, dan dia ditakuti oleh musuh-musuhnya.
3Dengan perintahnya, berhentilah bencana yang menimpa Mesir. Tuhan membuat dia dihormati oleh raja-raja. Dia menunjukkan cahaya hadirat-Nya kepadanya dan memberikannya perintah- perintah untuk umat-Nya.
4Dari seluruh umat manusia, Tuhan memilih dan mengkhususkan Musa kerana dia setia dan rendah hati.
5Tuhan memperdengar suara-Nya kepadanya dan membawa dia ke dalam awan yang gelap. Di sana Tuhan berfirman dengan dia secara berhadapan muka dan memberi dia perintah-perintah-Nya, iaitu hukum yang memberi kehidupan dan pengetahuan. Hukum itu diberikan kepadanya, supaya dia dapat mengajarkan perjanjian dan ketetapan-ketetapan Tuhan kepada bangsa Israel. Harun
6Tuhan mengangkat Harun, seorang suci seperti Musa saudaranya daripada suku Lewi. benang merah yang dipintal oleh seorang tukang
11bertatahkan batu-batu permata yang diukir dengan nama-nama. Batu-batu itu diikat dengan emas pada penutup dada oleh seorang tukang emas untuk mengingatkan Tuhan kepada dua belas suku Israel.
12Padanya Tuhan mengenakan serban dengan hiasan emas berukirkan kata-kata: “Dikhususkan bagi Tuhan”. Hiasan itu adalah karya seni yang sangat indah; sungguh suatu kehormatan besar bagi orang yang memakainya.
13Pada zaman sebelum Harun, tidak ada barang-barang seindah itu. Selain Harun dan anak-anaknya yang turun-temurun, tidak ada yang memakainya dan tiada sesiapa pun yang akan memakainya.
15Musa mentahbiskan Harun dengan menuangkan minyak upacara ke atas kepalanya. Dengan itu Tuhan membuat perjanjian abadi dengan Harun dan keturunannya, bahawa mereka akan mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai imam-imam-Nya dan memberkati umat atas nama-Nya. Pinehas
23Sesudah Musa dan Harun, Pinehas orang ketiga yang mulia, kerana giat mengabdi dengan bertakwa kepada Tuhan. Ketika umat Israel memberontak, dia bertahan dengan tabah dan berani, dan dengan demikian memperolehi pengampunan bagi bangsanya.
24Maka Tuhan membuat perjanjian abadi dengan Pinehas: Pinehas akan mengetuai Rumah Tuhan dan umat-Nya, dan dia serta keturunannya akan memegang jawatan Imam Agung untuk selama-lamanya.
25Memang Tuhan juga membuat perjanjian dengan Daud, anak Isai daripada suku Yehuda. Sedangkan takhta kerajaan diwariskan raja hanya kepada seorang anaknya, jawatan imam yang diberikan kepada Harun diwariskan kepada seluruh keturunannya.
26Semoga Tuhan memberi kebijaksanaan kepadamu untuk menghakimi umat-Nya dengan adil, supaya mereka tetap sejahtera dan kemuliaan mereka bertahan turun-temurun.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.