KELUARAN Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Kata PengantarNama Keluaran diambil daripada peristiwa utama yang diceritakan di dalam kitab ini, iaitu keluarnya orang Israel dari Mesir, tempat mereka dijadikan hamba. Di dalam kitab ini ada tiga bahagian yang penting: 1) Pembebasan orang Ibrani daripada perhambaan, dan perjalanan mereka ke Gunung Sinai. 2) Perjanjian Allah dengan umat-Nya di Gunung Sinai; perjanjian itu memberi mereka hukum agama, sivil, dan moral. 3) Pembinaan tempat ibadat bagi orang Israel, peraturan untuk para imam, dan cara beribadat kepada Allah.Hal terutama yang diceritakan kitab ini berkenaan dengan perkara yang dilakukan Allah untuk membebaskan umat-Nya daripada perhambaan, lalu menjadikan mereka suatu bangsa yang mempunyai harapan bagi masa hadapan.Watak utama di dalam kitab ini ialah Musa, orang yang dipilih oleh Allah untuk memimpin umat-Nya keluar dari Mesir. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi Sepuluh Hukum Allah.KandunganOrang Israel Dibebaskan daripada Perhambaan di Mesir 1.1—15.21

a. Perhambaan di Mesir 1.1-22

b. Kelahiran Musa dan Awal Hidupnya 2.1—4.31

c. Musa dan Harun Menghadap Raja Mesir 5.1—11.10

d. Paska dan Keberangkatan dari Mesir 12.1—15.21

Dari Laut Gelagah ke Gunung Sinai 15.22—18.27

Hukum Allah dan Perjanjian 19.1—24.18

Khemah TUHAN dan Peraturan Ibadat 25.1—40.38

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help