HAKIM-HAKIM 5 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Nyanyian Debora dan Barak

1Pada hari itu, Debora dan Barak anak Abinoam menyanyikan lagu ini:

2Pujilah TUHAN!

Pahlawan Israel bertekad untuk berperang;

rakyat rela berjuang.

3Dengarlah, hai raja-raja!

Perhatikanlah, hai para penguasa!

Aku akan bernyanyi dan bermain muzik

bagi TUHAN, Allah Israel.

4Ya TUHAN, apabila Engkau meninggalkan pergunungan Seir,

ketika Engkau keluar dari daerah Edom,

bumi bergetar dan hujan turun dari langit.

Air mencurah dari awan-awan.

5

engkau datang sebagai ibu umat Israel.

8Kemudian perang berlaku di dalam negeri

apabila orang Israel mula menyembah dewa.

Tiada satu pun senjata yang diangkat

oleh empat puluh ribu orang Israel.

9Aku bangga dengan para panglima Israel

dan dengan rakyat yang rela berjuang.

Pujilah TUHAN!

10Isytiharkanlah hal itu, hai kamu yang menunggang keldai putih,

kamu yang duduk di atas pelana,

dan kamu yang berjalan kaki.

11Dengarlah! Orang ramai di sekeliling perigi

sedang memberitakan kemenangan TUHAN,

kemenangan umat Israel!

Kemudian umat TUHAN berarak turun dari kota-kota mereka.

12Bangkitlah, hai Debora, bangkitlah!

Bangkitlah, dan bernyanyilah!

Bangunlah, hai Barak anak Abinoam!

Giringlah orang tawananmu!

13Kemudian para bangsawan yang tertinggal datang kepada pemimpin mereka;

umat TUHAN datang kepada-Nya, siap untuk berjuang.

14Mereka datang dari Efraim ke lembah,

mengikuti suku Benyamin yang berjalan di hadapan.

Para panglima datang dari Makhir,

para pegawai tentera dari Zebulon.

15Para pemimpin suku Isakhar datang bersama dengan Debora,

pemimpin suku Isakhar datang dan Barak pun turut serta.

Mereka mengikuti dia sampai ke lembah.

Tetapi suku Ruben terbahagi-bahagi,

mereka tidak sepakat untuk datang.

16Mengapakah mereka tidak mahu ikut, dan tinggal dengan domba?

Adakah untuk mendengarkan gembala memanggil domba?

Sesungguhnya suku Ruben terbahagi-bahagi,

mereka tidak sepakat untuk datang.

17Suku Gad tinggal di sebelah timur Sungai Yordan,

suku Dan tinggal berhampiran kapal-kapal.

Suku Asyer tinggal di sepanjang pantai;

mereka tetap tinggal di situ.

18Tetapi suku Zebulon dan suku Naftali

mempertaruhkan nyawa di medan perang.

19Di Taanakh, dekat sungai di Megido,

raja-raja datang untuk berperang;

raja-raja Kanaan berjuang,

tetapi mereka tidak mengambil perak sebagai jarahan.

20Dari tempat peredaran bintang di angkasa,

bintang turut berjuang melawan Sisera.

21Air deras Sungai Kison menghanyutkan musuh.

Aku akan terus maju dengan kekuatan!

22Lalu kuda menderap dengan laju,

menghentam-hentam dengan telapak.

23“Kutuklah Meros,” sabda malaikat TUHAN,

“kutuklah, kutuklah penduduk di sana.

Mereka tidak datang memberikan bantuan

sebagai pahlawan yang berjuang untuk TUHAN.”

24Diberkatilah Yael,

isteri Heber, orang Keni itu.

Dialah wanita yang paling diberkati

di kalangan semua wanita yang tinggal di khemah.

25Sisera meminta air, tetapi Yael memberi dia susu,

Yael memberi dia susu pekat di dalam cawan yang cantik.

26Dengan sebelah tangan dia memegang pasak,

dengan tangan yang sebelah lagi dia memegang tukul;

Yael menukul pelipis Sisera,

dia memalu dan meremukkan kepala Sisera.

27Sisera jatuh dan rebah terlentang;

di kaki Yael dia rebah dan meninggal.

28Ibu Sisera menjenguk dari tingkap;

dia menatap dari kisi-kisi jendela.

Dia bertanya, “Mengapakah kereta kudanya belum tiba lagi?

Mengapakah kudanya lambat sekali kembali?”

29Dayang-dayangnya yang paling bijak menjawab,

demikian juga berulang-ulang dia sendiri berkata,

30“Mereka sedang mengambil barang jarahan untuk dibahagi-bahagikan,

supaya setiap askar mendapat satu atau dua orang anak dara;

Sisera mendapat kain berharga,

permaisuri mendapat selendang bersulam aneka warna.”

31Semoga semua musuh-Mu, ya TUHAN, mati seperti Sisera;

tetapi semoga sahabat-Mu megah seperti suria di angkasa!

Kemudian negeri itu aman selama empat puluh tahun.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help