YEHEZKIEL 25 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Nubuat tentang Hukuman terhadap Amon

1TUHAN berfirman kepadaku,

2“Hai manusia fana, kecamlah negeri Amon.

3Suruhlah bangsa itu mendengar apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Kamu bersukacita ketika melihat Rumah-Ku dinajiskan, negeri Israel dimusnahkan, dan penduduk Yehuda dibuang negeri.

4Oleh itu Aku akan membiarkan kamu dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur. Mereka akan mendirikan perkhemahan di negeri kamu dan menetap di situ. Mereka akan makan buah-buahan dan minum susu ternakan kamu.

5Aku akan menjadikan kota Raba tempat menggembalakan unta, dan seluruh negeri Amon tempat menggembalakan domba, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”

6TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel.

7 berkata bahawa Yehuda sama dengan bangsa-bangsa lain,

9Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota yang mempertahankan sempadan Moab, termasuk kota-kota yang terbaik iaitu Bet-Yesimot, Baal-Meon, dan Kiryataim.

10Aku akan membiarkan Moab bersama-sama Amon dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur, sehingga Moab bukan satu bangsa lagi.

11Yes 15.1—16.14, 25.10-12; Yer 48.1-47; Am 2.1-3; Zef 2.8-11 Aku akan menghukum Moab, maka penduduknya akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”

Nubuat tentang Hukuman terhadap Edom

12TUHAN Raja berfirman, “Penduduk Edom telah membalas Yehuda dengan kejam. Perbuatan Edom itu kesalahan besar.

13Sekarang Aku mengumumkan bahawa Aku akan menghukum Edom. Aku akan membunuh semua orang dan binatang yang tinggal di situ. Aku akan memusnahkan negeri itu, dari kota Teman sampai ke kota Dedan. Penduduknya akan mati dalam peperangan.

14Yes 34.5-17, 63.1-6; Yer 49.7-22; Yeh 35.1-15; Am 1.11-12; Ob1-14; Mal 1.2-5 Umat-Ku Israel akan Kusuruh untuk membalas dendam terhadap Edom. Mereka akan membiarkan Edom merasakan kemurkaan-Ku yang dahsyat. Edom akan tahu bagaimana rasanya menjadi sasaran kemarahan-Ku.” TUHAN Raja telah berfirman.

Nubuat tentang Hukuman terhadap Filistin

15TUHAN Raja berfirman, “Orang Filistin telah membalas dendam dengan kejam terhadap musuh mereka sejak dahulu, dan membinasakan mereka dengan penuh kebencian.

16Sekarang Aku mengumumkan bahawa Aku akan menyerang orang Filistin dan membinasakan mereka. Aku akan membinasakan setiap orang yang masih hidup di kawasan pantai negeri itu.

17Yes 14.29-31; Yer 47.1-7; Yl 3.4-8; Am 1.6-8; Zef 2.4-7; Za 9.5-7 Aku akan menghukum mereka dengan berat dan melampiaskan dendam terhadap mereka. Apabila mereka merasakan kemurkaan-Ku, mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help