YEREMIA 8 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Pada masa itu tulang-tulang para raja dan pegawai pemerintah di Yehuda, dan juga tulang-tulang para imam, nabi, serta penduduk Yerusalem yang lain akan dikeluarkan dari kubur.

2Tujuannya bukan untuk dikumpulkan dan dikuburkan lagi, melainkan untuk dibiarkan di tanah sebagai baja. Tulang-tulang mereka akan bertaburan di bawah sinaran matahari, bulan, dan bintang-bintang yang dicintai, dilayani, disembah dan dimintai petunjuk oleh mereka.

3Orang daripada bangsa jahat ini yang masih hidup, yang telah Kucerai-beraikan ke berbagai-bagai tempat, akan lebih suka mati daripada hidup. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.”

Dosa dan Hukuman

4TUHAN menyuruh aku menyampaikan kata-kata ini kepada umat-Nya, “Apabila orang jatuh, tentu mereka akan bangun lagi. Apabila orang sesat di jalan, tentu mereka akan kembali ke pangkal jalan.

5Tetapi mengapa kamu, umat-Ku, terus-menerus meninggalkan Aku dan tidak kembali kepada-Ku? Kamu berpegang teguh kepada berhala kamu dan tidak mahu kembali kepada-Ku.

6Aku telah mendengar baik-baik, tetapi kamu tidak bercakap jujur. Tiada seorang pun antara kamu menyesali perbuatannya yang jahat. Tiada seorang pun yang berkata, ‘Apakah kesalahanku?’ Kamu semua mengikuti jalan sendiri seperti kuda meluru ke medan pertempuran.

7Burung bangau pun tahu waktunya untuk pulang; burung tekukur, burung layang-layang, dan burung murai juga tahu masanya untuk berpindah tempat. Tetapi kamu, umat-Ku, tidak mengetahui hukum yang Kuberikan kepada kamu.

8Berani betul kamu berkata bahawa kamu bijaksana dan mengetahui hukum-Ku! Lihatlah, hukum-Ku sudah diubah oleh guru-guru agama yang tidak jujur.

9Para cerdik pandai di kalangan kamu akan dipermalukan; mereka akan bingung dan terjebak. Mereka tidak mahu menerima firman-Ku; sekarang, kebijaksanaan apakah yang masih ada pada mereka?

10Oleh itu, Aku akan memberikan ladang mereka kepada pemilik yang baru, dan isteri mereka kepada orang lain. Semua orang yang besar mahupun yang kecil, mencari keuntungan dengan cara tidak jujur. Bahkan nabi dan imam pun menipu orang.

11

Tiadakah doktor di sana?

Mengapakah bangsaku tidak sembuh?

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help