2 TIMOTIUS Kata Pengantar - Today's Malay Version with Deuterocanonicals
Kata PengantarSebahagian besar daripada Surat Paulus yang Kedua kepada Timotius mengandungi nasihat peribadi untuk Timotius sebagai rakan sekerja dan penolong yang masih muda. Tema utamanya ketabahan hati. Timotius dinasihati dan digalakkan supaya tetap setia memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus, serta berpegang kepada ajaran benar daripada Berita Baik dan Perjanjian Lama. Dia harus menjalankan tugas sebagai guru dan mengisytiharkan Berita Baik, walaupun menghadapi penderitaan dan tentangan.Timotius terutama sekali diperingatkan supaya tidak terlibat dalam perdebatan yang tidak mendatangkan faedah. Perkara itu hanya merosakkan fikiran orang yang mendengarnya.Paulus menggunakan kehidupannya sendiri sebagai contoh bagi Timotius - iaitu imannya, kesabarannya, kasihnya, ketabahannya, dan penderitaannya semasa mengalami penganiayaan.KandunganPendahuluan 1.1-2Pujian dan Galakan 1.3—2.13Nasihat dan Amaran 2.14—4.5Keadaan Paulus 4.6-18Penutup 4.19-22