AYUB 38 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Jawapan TUHAN kepada Ayub

1Kemudian dari angin ribut, TUHAN berfirman kepada Ayub,

2“Siapakah engkau, sehingga berani menyoal hikmat-Ku

dengan kata-kata yang bodoh dan kosong itu?

3Sekarang, bersedialah untuk menghadapi Aku,

dan jawablah soalan-soalan-Ku.

4Adakah engkau hadir ketika Aku mencipta dunia?

Jika engkau sangat pandai, jawablah.

5Siapakah yang menentukan keluasan dunia?

Siapakah yang merentangkan tali ukur untuk mengukurnya?

Tahukah engkau jawapannya?

6Apakah yang menyangga tiang-tiang bumi?

Siapakah yang meletakkan batu penjuru dunia ini,

7pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama,

dan makhluk-makhluk syurga bersorak gembira?

8Siapakah yang menutup pintu untuk membendung samudera

ketika air memancar keluar dari rahim bumi?

9Akulah yang meliputi laut dengan awan

dan menyelimutinya dengan kegelapan.

10Aku menentukan sempadan samudera

dan dengan pintu berpalang Aku membendungnya.

11 bahawa Sungai Nil akan banjir?

Siapakah yang memberitahu ayam jantan bahawa hujan akan turun?

37Siapakah yang cukup bijak untuk mengira awan,

dan mencondongkannya sehingga mencurahkan hujan,

38hujan yang mengeraskan debu menjadi gumpalan,

dan tanah menjadi ketulan?

39Dapatkah engkau memburu mangsa untuk singa,

dan mengenyangkan anak singa,

40apabila singa bersembunyi di dalam gua,

atau menunggu mangsa di dalam sarangnya?

41Siapakah yang memberi makan kepada gagak hitam

ketika burung itu merayau mencari makanan,

ketika anak-anak burung berseru kepada-Ku meminta makanan?

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help