1Selesai makan minum, tibalah saatnya untuk tidur, dan ibu bapa Sara menghantar Tobias ke bilik tidur yang disiapkan itu.
2Tobias ingat akan pesan Rafael, maka diambilnya jantung dan hati ikan dari dalam kantung yang dibawanya, lalu ditaruhnya di tempat pembakaran kemenyan.
3Bau ikan mengganggu syaitan, sehingga dia lari ke Mesir. Tetapi Rafael mengejarnya dan menangkapnya di sana dan segera membelenggu tangan dan kakinya. Doa Tobias
4Ketika Tobias dan Sara berdua sahaja di dalam bilik yang terkunci, Tobias bangkit dari tempat tidur dan berkata kepada isterinya, “Bangunlah, kekasihku. Mari kita berdoa memohon belas kasihan dan perlindungan Tuhan.”
5Maka bangunlah Sara, dan mereka bersama-sama berdoa memohon perlindungan Allah. Tobias berdoa begini,
“Terpujilah Engkau, ya Allah leluhur kami!
Semoga nama-Mu dipuji selama-lamanya
oleh segala ciptaan-Mu di syurga dan di bumi.
6Engkau telah mencipta Adam;
Kauberi kepadanya Hawa menjadi isterinya
untuk menolong dan menopang dia;
mereka menjadi nenek moyang umat manusia.
Engkau berkata, ‘Tidak baik jika manusia itu bersendirian;
dia akan Kuberikan pembantu yang sepadan.’
7Ya Tuhan, sekarang Sara kuambil sebagai isteri,
dengan segala ketulusan hati,
dan bukan kerana nafsu berahi.
Sudilah mengasihani kami berdua,
supaya kami tetap bersatu sehingga tua.”
8Mereka serentak mengucapkan “Amin,”
9lalu tidur sepanjang malam.
Orang Tua Sara Khuatir10Malam itu Raguel bangun. Dia memanggil pelayan-pelayannya, lalu pergi bersama mereka menggali lubang kuburan, kerana dia berfikir, “Jangan-jangan Tobias mati, dan kita menjadi bahan tertawaan orang.”
11Selesai menggali lubang, Raguel masuk ke dalam rumah dan berkata kepada isterinya,
12“Suruhlah pelayan perempuan masuk untuk melihat apakah Tobias masih hidup. Kalau dia sudah mati, baiklah kita kuburkan dia sebelum diketahui orang.”
13Lalu mereka menyuruh pelayan perempuan membawa lampu dan membuka pintu untuk melihat Tobias masih hidup ataupun tidak. Apabila pelayan itu masuk, dilihatnya kedua-dua orang itu sedang tidur nyenyak.
14Dia segera keluar dan memberitahu Raguel dan Edna bahawa Tobias masih hidup dan tidak cedera.
15Lalu mereka memuji Allah Yang Maha Tinggi.
Doa Raguel“Terpujilah Engkau, ya Allah!
Semoga umat-Mu memuji Engkau selama-lamanya;
semoga mereka memuji Engkau dengan hati yang murni.
16Terpujilah Engkau kerana telah menggembirakan aku;
Kauperlakukan kami dengan belas kasihan-Mu yang besar;
ternyata apa yang kutakuti tidak terjadi.
17Terpujilah Engkau, ya Tuhan,
oleh sebab Engkau mengasihani kedua-dua orang anak tunggal itu.
Kasihanilah dan lindungilah mereka,
supaya mereka tetap hidup gembira dalam kasih sayang.”
18Lalu Raguel menyuruh pelayan-pelayannya menutup lubang kuburan itu sebelum matahari terbit.
Pesta Perkahwinan19Sesudah itu Raguel menyuruh isterinya membuat banyak roti. Dia sendiri pergi ke tempat kawanan ternakannya dan kembali membawa dua ekor lembu jantan dan empat ekor domba jantan. Disuruhnya pelayan-pelayannya memotong ternakan itu dan mempersiapkan pesta perkahwinan.
20Lalu dipanggilnya Tobias, dan berkata kepadanya, “Tinggallah di sini selama dua minggu untuk makan minum bersama kami. Biarlah anakku bersenang-senang oleh sebab dia sudah banyak menderita. Kej 24.55
21Sesudah itu engkau boleh mengambil separuh daripada milikku dan pulang dengan selamat ke rumah ayahmu. Milikku yang separuh lagi akan menjadi kepunyaanmu juga sesudah aku dan Edna meninggal. Tabahkanlah hatimu, nak! Sekarang aku bapamu dan Edna ibumu, dan engkau anak kami seperti Sara.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.