SUSANA 13 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Dua Orang Hakim Terpikat oleh Kecantikan Susana

1Di Babel tinggal seorang yang bernama Yoyakim.

2Isterinya bernama Susana, anak Hilkia. Susana seorang wanita yang sangat cantik dan salih.

3Ibu bapa Susana patuh kepada agama dan mendidik anak mereka menurut Taurat Musa.

4Yoyakim, suami Susana amat kaya dan mempunyai taman yang luas dekat dengan rumahnya. Orang Yahudi sering datang ke rumahnya, kerana dia orang yang paling dihormati di kalangan mereka.

5-6Setiap orang yang mempunyai perkara, pergi kepada dua orang hakim yang sering mengadakan sidang pengadilan di rumah Yoyakim. Kedua-dua orang itu baru sahaja dilantik sebagai hakim. Tentang mereka itulah Tuhan berfirman, “Kejahatan timbul di Babel daripada kaum tua-tua, justeru daripada hakim-hakim yang seharusnya membimbing rakyat.”

7Pada siang hari apabila orang sudah pulang, Susana biasanya berjalan-jalan di taman suaminya.

8Setiap hari kedua-dua orang hakim itu melihat Susana masuk ke taman dan berjalan-jalan di situ. Maka mulalah mereka mengingininya.

9Mereka berfikir kotor dan membelakangi Allah, sehingga lupa akan kewajipan mereka sebagai hakim.

10-11Kedua-duanya mabuk asmara, tetapi mereka tidak saling memberitahukan hal itu, kerana masing-masing malu untuk mengakui bahawa dia ingin memiliki Susana.

12Jadi setiap hari mereka asyik mengintip wanita itu.

13Pada suatu hari, yang seorang berkata kepada yang lain, “Mari kita pulang kerana sudah masanya untuk makan tengah hari.” Lalu mereka berpisah dan pergi.

14Tetapi mereka berpatah balik, dan bertemu lagi di tempat yang sama. Mereka saling menanyakan apa alasannya, maka mereka mengakui hasrat mereka. Lalu mereka berdua sepakat untuk menemui Susana seorang diri pada suatu waktu.

Kedua-dua Orang Hakim Berusaha untuk Menggoda Susana

15-16Pada suatu hari, sementara kedua-dua orang hakim sedang menunggu kesempatan yang baik, Susana berjalan-jalan di taman seperti biasa. Dia hanya ditemani oleh dua orang hamba perempuan. Tidak ada orang lain di situ kecuali hakim berdua itu yang bersembunyi sambil mengintip Susana. Hari sangat panas, dan Susana ingin mandi di taman.

17Dia berkata kepada kedua-dua orang hambanya, “Tolong ambilkan minyak dan wangi-wangian dan kuncilah pintu-pintu taman supaya saya dapat mandi.”

18Kedua-dua orang hambanya mengunci pintu-pintu taman dan keluar melalui pintu tepi untuk mengambil apa yang diminta Susana. Mereka tidak melihat kedua-dua orang yang sedang bersembunyi itu.

19Segera sesudah hamba-hamba itu pergi, kedua-dua orang hakim itu keluar dari tempat persembunyian mereka dan bergegas-gegas menujui Susana.

20Mereka berkata kepadanya, “Pintu-pintu taman sudah dikunci, dan tak ada yang melihat kita. Kami mabuk asmara. Turutilah keinginan kami dan tidurlah bersama dengan kami.

21Kalau tidak, kami akan memberi kesaksian di pengadilan bahawa kami telah melihat engkau menyuruh hamba-hambamu pergi supaya dapat sendirian dengan seorang pemuda.”

22Susana merintih. “Tak ada jalan keluar bagiku,” katanya. “Kalau aku menyerah, aku dihukum mati kerana berzina. Kalau aku menolaknya, aku masuk ke dalam perangkapmu. engkau menjadi dua!”

56Lalu hakim itu digiring pergi dan yang lain dibawa masuk menghadap Daniel. “Hai keturunan Kanaan dan bukan keturunan Yehuda,” kata Daniel kepadanya. “Engkau disesatkan oleh kecantikan wanita ini, dan fikiranmu dibengkokkan oleh nafsu berahimu.

57Engkau sudah biasa berbuat begitu dengan wanita-wanita Israel, dan mereka mengikut kemahuanmu kerana takut kepadamu. Tapi wanita Yehuda ini tak mahu menyerah kepada kejahatanmu.

58Nah, katakanlah: Di bawah pokok apa engkau melihat mereka bermesraan?”

“Di bawah pokok berangan,” sahutnya.

59“Bagus!” ujar Daniel. “Dusta itu harus kaubayar dengan nyawamu sendiri. Malaikat Allah sudah menunggu dengan pedangnya di tangan, siap untuk memotong engkau menjadi dua, sehingga dia membinasakan kamu berdua.”

60Kemudian orang ramai itu bersorak-sorak dan memuji Allah yang menyelamatkan orang yang berharap kepada-Nya.

61-62Mereka serentak bangkit melawan kedua-dua orang hakim itu kerana Daniel membuktikan bahawa mereka telah memberikan kesaksian palsu. Menurut Taurat Musa, orang yang memberikan kesaksian palsu harus menerima hukuman yang sebetulnya dijatuhkan kepada tertuduh. Maka kedua-dua orang hakim itu dibunuh, dan wanita yang tidak bersalah itu diselamatkan. Ul 19.16-21

63Lalu ibu bapa Susana, suaminya, dan semua kerabatnya menyanyikan pujian bagi Allah kerana semua tuduhan terhadap Susana ternyata tidak benar.

64Sejak hari itu Daniel sangat dihormati oleh rakyat.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help