1 TAWARIKH 24 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Tugas Para Imam

1-3 Im 10.1-2 Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. Nadab dan Abihu meninggal lebih dahulu daripada bapa mereka tanpa mempunyai anak. Oleh itu saudara-saudara mereka, Eleazar dan Itamar, menjadi imam. Raja Daud membahagikan keturunan Harun kepada kumpulan-kumpulan menurut tugas mereka. Dalam pembahagian itu Raja Daud dibantu oleh Zadok keturunan Eleazar dan oleh Ahimelekh keturunan Itamar.

4Keturunan Eleazar dibahagikan kepada enam belas kumpulan, sedangkan keturunan Itamar dibahagikan kepada lapan kumpulan, kerana dalam keturunan Eleazar ada lebih banyak lelaki yang menjadi ketua keluarga.

5Oleh sebab di kalangan keturunan Eleazar dan Itamar ada yang menjadi pegawai-pegawai di Rumah TUHAN dan pemimpin-pemimpin agama, pembahagian tugas dilaksanakan dengan cara undi.

6Keturunan Eleazar dan Itamar bergilir-gilir membuang undi. Lalu nama-nama mereka dicatat oleh seorang setiausaha yang bernama Semaya anak Netaneel, orang Lewi. Semuanya dilaksanakan di hadapan raja bersama-sama para pegawainya, Imam Zadok, Ahimelekh anak Abyatar, serta ketua-ketua keluarga golongan imam, dan ketua-ketua keluarga golongan Lewi.

7-18Inilah nombor susunan giliran tugas menurut keputusan undian bagi dua puluh empat kumpulan itu:

1. Yoyarib

13. Hupa

2. Yedaya

14. Yesebeab

3. Harim

15. Bilga

4. Seorim

16. Imer

5. Malkia

17. Hezir

6. Miyamin

18. Hapizes

7. Hakos

19. Petahya

8. Abia

20. Yehezkiel

9. Yesua

21. Yakhin

10. Sekhanya

22. Gamul

11. Elyasib

23. Delaya

12. Yakim

24. Maazya

19Nama semua orang itu dicatat menurut giliran mereka untuk masuk ke Rumah TUHAN dan melaksanakan tugas ibadat yang telah ditetapkan oleh Harun, nenek moyang mereka, menurut perintah TUHAN, Allah Israel.

Senarai Orang Lewi

20Selain itu, dalam keturunan Lewi termasuk juga ketua-ketua keluarga yang berikut: Yehdeya, keturunan Amram daripada jurai keturunan Subael;

21Yisia, keturunan Rehabya;

22Yahat, keturunan Yizhar daripada jurai keturunan Selomot;

23Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam anak-anak Hebron menurut urutan umur mereka;

24Samir, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Mikha;

25Zakharia, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Yisia saudara Mikha;

26Mahli, Musi, dan Yaazia, keturunan Merari.

27Yaazia mempunyai tiga orang anak lelaki: Syoham, Zakur, dan Hibri.

28-29Mahli mempunyai dua orang anak lelaki bernama Eleazar dan Kish. Eleazar tidak mempunyai anak lelaki, tetapi Kish mempunyai seorang anak lelaki bernama Yerahmeel.

30Musi mempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yerimot.

Itulah keluarga-keluarga dalam suku Lewi.

31Untuk menentukan giliran tugas mereka, setiap ketua keluarga bersama-sama seorang adiknya yang lelaki membuang undi seperti yang dilakukan oleh sanak saudara mereka, iaitu para imam keturunan Harun. Pembuangan undi itu disaksikan oleh Raja Daud bersama-sama Zadok, Ahimelekh, serta ketua-ketua keluarga daripada golongan imam dan golongan orang Lewi.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help