YEREMIA 41 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

1Pada bulan ketujuh tahun itu, Ismael anak Netanya, cucu Elisama, bersama dengan sepuluh orang pergi ke Mizpa untuk menghadap Gedalya. Ismael seorang kerabat diraja, dan pegawai tinggi raja. Sedang mereka makan bersama-sama,

2Ismael dan sepuluh orang yang bersertanya itu menghunus pedang lalu membunuh Gedalya.

3 perigi itulah yang telah digali oleh Raja Asa ketika baginda diserang oleh Raja Baesa dari Israel. Ismael memenuhi perigi itu dengan mayat.

10Kemudian Ismael menangkap para puteri raja dan semua orang yang berada di Mizpa, yang telah diserahkan oleh Nebuzaradan, panglima tentera itu, ke bawah penjagaan Gedalya. Ismael menangkap mereka lalu berangkat dengan mereka ke arah wilayah Amon.

11Yohanan dan semua pemimpin askar yang bersama-samanya mendengar tentang jenayah yang telah dilakukan oleh Ismael.

12Oleh itu mereka dengan anak buah mereka mengejar Ismael lalu menangkap dia dekat sebuah kolam besar di Gibeon.

13Apabila orang tawanan Ismael nampak Yohanan dan pemimpin-pemimpin askar itu, mereka gembira.

14Mereka berpaling lalu lari kepada rombongan Yohanan.

15Tetapi Ismael dan lapan orang anak buahnya melepaskan diri daripada Yohanan dan lari ke negeri Amon.

16Kemudian Yohanan dan para pemimpin askar yang bersama-samanya mengumpulkan orang yang ditawan oleh Ismael di Mizpa setelah dia membunuh Gedalya - askar, wanita, anak-anak, dan sida-sida yang menjadi para pegawai istana.

17-18Mereka semua takut kepada orang Babilonia kerana Ismael telah membunuh Gedalya yang dilantik oleh raja Babilonia sebagai gabenor. Oleh itu mereka berangkat menuju ke Mesir untuk melarikan diri daripada orang Babilonia. Di tengah perjalanan, mereka berhenti di Kimham dekat Betlehem.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help