1Dalam tahun 160 Aleksander Epifanes putera Raja Antiokhus yang Keempat mara berperang dan merebut kota Ptolemais. Putera Antiokhus yang Keempat itu diterima oleh penduduknya dan menjadi raja mereka.
2Apabila Raja Demetrius mendengar hal itu, baginda mengumpulkan tentera yang besar lalu pergi berperang melawan Aleksander.
3Raja Demetrius juga mengirim surat yang penuh dengan kata-kata pujian dan damai kepada Yonatan,
4oleh sebab baginda berfikir, “Baiklah kita cepat mengadakan perdamaian dengan orang Yahudi sebelum mereka membuat perjanjian dengan Aleksander untuk melawan kita.
5Yonatan tentu masih ingat akan semua kejahatan yang telah kita lakukan terhadap dia, saudara-saudaranya dan seluruh bangsanya.”
6Demikianlah Raja Demetrius menjadikan Yonatan sekutunya dan memberi kuasa kepadanya untuk mengumpulkan pasukan dan memperlengkapinya dengan senjata. Baginda juga berjanji bahawa para tawanan yang ditahan di kubu di Yerusalem akan diserahkan kepada Yonatan.
7Lalu Yonatan pergi ke Yerusalem dan membacakan surat itu di hadapan seluruh rakyat dan tentera pendudukan di kubu itu.
8Tentera pendudukan itu sangat ketakutan ketika mendengar bahawa raja telah memberi kuasa kepada Yonatan untuk mengumpulkan pasukan.
9Mereka menyerahkan semua tawanan kepada Yonatan, dan dia mengembalikan mereka kepada ibu bapa mereka.
10Lalu Yonatan menetap di Yerusalem dan mula membina kota itu semula.
11Dia memerintahkan para pekerja untuk membina tembok-tembok di sekeliling Bukit Sion dengan batu-batu persegi besar, sehingga bukit itu menjadi kubu. Hal itu dilakukan oleh mereka.
12Semua orang asing di kubu-kubu yang dibina oleh Bakhides melarikan diri.
13Masing-masing meninggalkan tempat penjagaannya dan pulang ke negerinya sendiri.
14Tetapi sejumlah orang Yahudi yang telah meninggalkan peraturan-peraturan Taurat Musa, masih menetap di Bet-Zur, tempat mereka melarikan diri.
15Sementara itu Raja Aleksander mendengar janji-janji Raja Demetrius kepada Yonatan, juga tentang Yonatan sendiri, tentang pertempuran-pertempurannya, kepahlawanannya serta kesulitan-kesulitan yang dialaminya bersama dengan saudara-saudaranya.
16Lalu Raja Aleksander bertitah, “Mungkinkah kita menemukan orang seperti dia? Baiklah kita jadikan dia sahabat dan sekutu kita.”
17Maka ditulisnya sepucuk surat kepada Yonatan. Kandungan surat itu sebagai berikut:
18“Raja Aleksander kepada Saudara Yonatan, salam!
19Kami telah mendengar bahawa saudara seorang yang gagah berani dan layak menjadi sahabat raja.
20Oleh itu pada hari ini kami melantik saudara menjadi Imam Agung daripada bangsa saudara dan memberi gelaran ‘Sahabat Raja’ kepada saudara. Kiranya saudara menjadi sekutu kami dan tetap bersahabat dengan kami.” Raja Aleksander juga mengirim sehelai baju labuh kerajaan dan sebuah mahkota emas kepada Yonatan.
21Dalam bulan tujuh tahun 160 pada Perayaan Pondok Daun, Yonatan memakai pakaian Imam Agung. Dia membentuk sepasukan tentera dan melengkapinya dengan banyak senjata.
Demetrius yang Pertama Menulis Surat kepada Yonatan22Apabila Raja Demetrius mendengar hal itu, baginda sangat sedih dan bertitah,
23“Bagaimana kita dapat membiarkan Raja Aleksander mendahului kita? Baginda sudah memperkuat kedudukannya dengan menjadikan orang Yahudi sahabatnya.
24Baiklah beta juga menulis surat yang menyenangkan mereka dan menjanjikan kehormatan serta hadiah supaya mereka menyokong beta.”
25Maka ditulisnya sepucuk surat kepada orang Yahudi dengan pesan ini:
“Raja Demetrius kepada bangsa Yahudi, salam!
26Kami sangat gembira mendengar bahawa saudara-saudara sudah menepati semua kewajipan daripada perjanjian kita. Saudara-saudara masih setia kepada kami dan tidak bergabung dengan musuh kami.
27Apabila saudara-saudara tetap setia kepada kami, tindakan saudara-saudara akan kami balas dengan kebaikan.
28Saudara-saudara akan kami beri banyak anugerah dan pengecualian daripada banyak cukai.
29Dengan surat ini seluruh bangsa Yahudi kami bebaskan daripada kewajipan membayar cukai biasa, cukai garam, dan cukai-cukai khas untuk raja.
30Selain itu mulai hari ini saudara-saudara kami bebaskan daripada kewajipan membayar sepertiga daripada hasil gandum dan separuh daripada hasil buah-buahan kepada kami. Mulai hari ini dan untuk selama-lamanya kami tidak akan menuntut pembayaran dari negeri Yudea dan ketiga-tiga buah wilayah yang dahulunya menjadi sebahagian daripada Samaria dan Galilea, yang sekarang bercantum dengan Yudea. Raja Ptolemeus dan Kleopatra puteri baginda meninggalkan Mesir dan tiba di Ptolemais.
58Mereka disambut oleh Raja Aleksander, lalu Raja Ptolemeus menyerahkan Kleopatra, puteri baginda kepada Raja Aleksander. Pernikahan itu dirayakan di Ptolemais secara besar-besaran seperti kebiasaan di kalangan raja-raja.
Yonatan Menjadi Sahabat dan Sekutu Raja Aleksander59Sementara itu Raja Aleksander menulis surat kepada Yonatan supaya dia datang menemui baginda.
60Maka Yonatan pergi ke Ptolemais, dan dengan pakaian kebesaran dan semarak dia bertemu dengan kedua-dua orang raja itu. Dia memberi mereka hadiah daripada emas dan perak. Dia juga memberi banyak hadiah kepada sahabat-sahabat raja, dan mereka semua berkenan kepada dia.
61Beberapa orang Yahudi yang tidak mengendahkan hukum dan mahu mencelakakan bangsanya berkomplot melawan Yonatan dan menuduh dia. Tetapi Raja Aleksander tidak menghiraukan mereka.
62Malahan raja memerintahkan supaya Yonatan diberi pakaian kerajaan.
63Dia dipersilakan duduk di sisi raja. Lalu Raja Aleksander memerintahkan para pegawai baginda, “Pergilah bersama dengan Yonatan ke tengah-tengah kota, dan isytiharkanlah bahawa tidak seorang pun boleh menuduh Yonatan tentang perkara apa pun atau menggugatnya dengan alasan apa pun.”
64Ketika orang yang menuduhnya melihat bahawa Yonatan diberi pakaian kerajaan dan kehormatan, serta mendengar pengisytiharan itu, mereka semua melarikan diri.
65Raja memberi kehormatan kepada Yonatan dengan memasukkannya di kalangan utama sahabat raja. Dia juga dilantik menjadi panglima dan gabenor wilayahnya.
66Lalu Yonatan pulang ke Yerusalem dengan gembira dan selamat.
Yonatan Mengalahkan Apolonius67Dalam tahun 165 Demetrius yang Kedua putera Raja Demetrius yang Pertama meninggalkan Kreta dan tiba di Siria, negeri nenek moyangnya.
68Apabila mendengar hal itu Raja Aleksander menjadi cemas, lalu kembali ke Antiokhia, ibu kota Siria.
69Sementara itu Raja Demetrius melantik Apolonius kembali menjadi gabenor Siria Besar. Apolonius membentuk tentera yang besar lalu berkhemah dekat dengan Yamnia. Dia mengirim pesan ini kepada Yonatan, Imam Agung:
70“Tuanlah satu-satunya yang memberontak terhadap kami. Oleh sebab tuan pula kami dijadikan bahan tertawaan dan ejekan. Mengapakah tuan menunjukkan kuasa tuan di pergunungan untuk melawan kami?
71Kalau tuan memang percaya kepada tentera tuan, turunlah menghadapi kami di dataran supaya kita dapat mengadu kekuatan. Tuan akan melihat bahawa pasukan semua kota ada di pihak kami.
72Terlebih dahulu, baiklah tuan menyelidiki siapa kami dan siapa sekutu kami. Tuan akan menyedari bahawa tuan tidak boleh bertahan terhadap kami. Nenek moyang tuan terpaksa melarikan diri sampai dua kali di negeri mereka sendiri.
73Jangan harap tuan dapat bertahan terhadap pasukan berkuda dan tentera kami yang sekuat ini di dataran. Di sini tidak ada batu sebesar kerikil pun untuk tempat bersembunyi dan tidak ada tempat untuk lari.”
74Apabila Yonatan menerima pesan Apolonius, dia sangat tersinggung. Dipilihnya 10,000 orang askar, lalu mereka berangkat dari Yerusalem. Simon abangnya juga datang membawa pasukan pembantu.
75Lalu mereka berkhemah dekat kota Yope. Mereka tidak diizinkan masuk oleh penduduk kota, kerana di situ sudah ada tentera pendudukan Apolonius. Tetapi Yonatan menyerang kota itu.
76Kerana ketakutan, penduduk kota membuka pintu gerbangnya sehingga Yonatan dapat menguasai kota itu.
77Apabila mendengar hal itu, Apolonius membawa 3,000 orang pasukan tentera berkuda dan pasukan berjalan kaki yang amat besar. Dia berpura-pura menuju ke kota Asdod. Tetapi sementara itu dia mara ke dataran dengan mengharapkan kekuatan pasukan berkudanya.
78-79Dengan diam-diam ditinggalkannya 1,000 orang pasukan berkudanya untuk menyerang tentera Yonatan dari belakang. Yonatan mengikuti musuh hingga ke Asdod, lalu pertempuran bermula.
80Pada saat itulah Yonatan sedar bahawa mereka terjebak. Tenteranya dikepung dan dari pagi hingga petang mereka dihujani panah musuh.
81Tetapi anak buah Yonatan bertahan seperti yang diperintahkan oleh Yonatan, dan pasukan berkuda musuh menjadi lelah.
82Sesudah pasukan berkuda itu kepenatan, tiba-tiba Simon muncul dengan pasukannya. Dia menyerang dan menggempur pasukan tentera berjalan kaki musuh. Mereka tercerai-cerai lalu melarikan diri.
83Pasukan berkuda bertaburan di dataran, lalu melarikan diri ke Asdod dan mencari perlindungan di kuil Dagon, dewa mereka.
84Tetapi Yonatan membakar kota itu serta kuil Dagon yang ada di situ, dan semua orang yang berlindung di dalamnya mati terbakar. Kampung-kampung di sekitarnya juga dirampas dan dibakar.
85Pada hari itu musuh yang mati kerana pedang atau api berjumlah lebih kurang 8,000 orang.
86Kemudian Yonatan meninggalkan tempat itu dan berkhemah dekat kota Askelon. Dia disambut oleh penduduk kota dengan kehormatan besar.
87Lalu dia dan anak buahnya kembali ke Yerusalem dengan membawa banyak barang jarahan.
88Apabila Raja Aleksander mendengar apa yang telah dilakukan Yonatan, baginda memberi kehormatan yang lebih besar lagi kepadanya.
89Baginda menghadiahkan sebuah kancing emas yang biasanya hanya diberikan kepada kaum kerabat diraja, dan menyerahkan kota Ekron dan daerah sekitarnya kepada Yonatan sebagai milik peribadinya.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.