1Berbahagialah seorang yang tidak pernah bercakap sembarangan, oleh sebab dia tidak usah berasa susah kerana dosanya.
2Berbahagialah seorang yang tidak dipersalahkan oleh suara hatinya dan yang tidak pernah kehilangan harapannya.
Iri Hati dan Kekikiran3Tidak patut apabila seorang kikir menjadi kaya. Apa gunanya harta benda bagi orang yang terlalu kedekut?
4Barang siapa menimbun harta sehingga merugikan dirinya sendiri, sesungguhnya orang itu mengumpulkan kekayaan untuk orang lain. Hal itu demikian kerana kekayaanmu akan digunakan oleh orang lain untuk hidup dengan mewah.
5Bagaimanakah seseorang bermurah hati terhadap orang lain jika dia keras terhadap diri sendiri? Padahal dia tidak dapat menikmati hartanya sendiri.
6Siapa yang lebih malang daripada seorang yang kikir terhadap dirinya sendiri? Itulah hukuman bagi kejahatannya.
7Bahkan kalau dia berbuat baik, perbuatan itu dibuat dengan tidak sengaja. Lambat laun kekikirannya akan nampak juga.
8Orang yang iri hati ialah orang jahat; mereka membuang muka dan memandang rendah orang lain.
9Seorang yang serakah tidak pernah puas dengan miliknya. Keserakahan membuat orang berjiwa kerdil.
10Seorang yang kikir begitu hemat, sehingga tidak ada cukup makanan di mejanya.
Cara Menggunakan Kekayaan dengan Baik11Anakku, sekadar kemampuanmu peliharalah dirimu dengan baik-baik, tetapi bawalah juga persembahan yang patut bagi Tuhan.
12Ingatlah bahawa suatu hari engkau akan mati dan engkau tidak diberitahu bila saatnya.
13Sebelum hari itu tiba hendaklah engkau berbuat baik kepada sahabat-sahabatmu, dan berilah mereka menurut kemampuanmu.
14Jangan tolak kesenangan yang sekarang dan jangan kekang keinginan yang baik,
15kerana nanti segala hasil kerjamu mesti kautinggalkan dan hasil jerih payahmu dibahagikan kepada orang lain.
16Jadi hendaklah engkau memberi, menerima, dan bersenang-senang, oleh sebab di dunia orang mati tidak ada lagi yang dapat dinikmati.
17Manusia menjadi usang seperti sepotong baju dan menurut ketetapan kekal, kita semua harus mati.
18Seperti pada pokok yang rendang, ada daun yang luruh dan ada daun yang tumbuh, begitu juga pada bangsa manusia: yang satu mati, yang lain lahir.
19Semua buatan manusia akan rosak dan binasa bersama-sama dengan pembuatnya.
Kebahagiaan Orang yang Mengejar Kebijaksanaan20Berbahagialah orang yang merenungkan kebijaksanaan dan menimbang-nimbang dengan akal mereka.
21Orang yang memikirkan selok-belok kebijaksanaan juga menyelami rahsia-rahsianya.
22Kejarlah kebijaksanaan seperti seorang pemburu dan adanglah kebijaksanaan di jalan-jalannya.
23Intiplah melalui jendela-jendelanya dan dengarkanlah di pintunya.
24Berkhemahlah sedekat mungkin dengan rumahnya,
25maka engkau akan mempunyai kediaman yang baik. Ams 8.32-35
26-27Tempatkanlah anak-anakmu dalam perlindungannya. Hiduplah dengan aman dalam naungannya dan tinggallah dalam kemuliaannya, terlindung daripada panas matahari.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.