DANBEL 14 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Daniel dan Para Imam Dewa Bel

1Sesudah Raja Astiages mangkat, kerajaan baginda diambil alih oleh Kores, orang Persia.

2Daniel, penasihat raja yang tinggal di istana raja, paling dihormati antara kawan-kawannya.

3Orang Babilonia mempunyai berhala yang disebut Bel, dan setiap hari, mereka mempersembahkan 400 liter tepung halus, 40 ekor domba, dan 200 liter wain kepadanya. Daniel Diselamatkan dari Liang Singa

33Pada waktu itu ada seorang nabi di negeri Yudea yang bernama Habakuk. Dia baru sahaja memasak bubur dan memasukkan potongan-potongan roti ke dalam mangkuk. Lalu dia pergi hendak menghantarkan bubur itu kepada orang yang sedang menuai gandum di ladang.

34Tetapi di tengah jalan malaikat Tuhan berkata kepadanya, “Bawalah makanan itu ke Babel dan berikannya kepada Daniel di liang singa.”

35Habakuk menjawab, “Tuan, saya belum pernah ke Babel dan tak tahu di mana liang singa itu.”

36Lalu malaikat memegangnya pada rambutnya dan membawanya ke Babel dengan kecepatan angin. Kemudian diturunkannya Habakuk dekat liang singa. Yeh 8.3

37Habakuk berseru, “Daniel, Daniel! Ini makanan yang dikirim Tuhan untukmu. Ambillah!”

38Apabila mendengar suara itu Daniel berdoa, “Ya Allah, Engkau ingat padaku. Engkau tak pernah meninggalkan orang yang mencintai Engkau.”

39Lalu dia bangkit dan makan makanan itu. Pada saat itu juga Habakuk dibawa malaikat Allah kembali ke tempatnya.

40Pada hari yang ketujuh, raja datang untuk meratapi Daniel. Ketika baginda tiba di liang dan menengok ke dalam, dilihatnya Daniel duduk di situ.

41Lalu raja berseru, “Ya Tuhan, Allah Daniel, sungguh besarlah Engkau! Hanya Engkaulah Allah!”

42Maka baginda memerintahkan supaya Daniel dikeluarkan dari liang, dan orang yang mahu membunuh Daniel, dilemparkan ke dalamnya. Saat itu juga di hadapan mata raja, mereka diterkam oleh singa-singa itu.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help