IMAMAT 18 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Perhubungan Jenis yang Dilarang

1TUHAN menyuruh Musa

2memberitahu umat Israel firman ini, “Akulah TUHAN, Allah kamu.

3Jangan ikut perbuatan orang di Mesir, negeri tempat kamu tinggal dahulu, dan jangan ikut perbuatan orang di Kanaan, tempat Aku sedang membawa kamu.

4Patuhilah segala hukum-Ku dan lakukanlah apa yang Aku perintahkan. Akulah TUHAN, Allah kamu.

5Neh 9.29; Yeh 18.9, 20.11-13; Luk 10.28; Rm 10.5; Gal 3.12 Turutilah segala hukum dan perintah yang Aku berikan kepada kamu. Orang yang melaksanakannya akan selamat. Akulah TUHAN.”

6TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut. Jangan bersetubuh dengan saudara mara kamu.

7Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi ibu kamu. Jangan hina ibu kamu sendiri.

8Im 20.11; Ul 22.30, 27.20 Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi salah seorang isterinya.

9Im 20.17; Ul 27.22 Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada saudara sekandung ataupun saudara tiri, sama ada yang dibesarkan serumah dengan kamu ataupun yang dibesarkan di rumah lain.

10Jangan bersetubuh dengan cucu perempuan kamu. Hal ini akan menghina diri kamu sendiri.

11Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada yang sebapa lain ibu atau seibu lain bapa, kerana dia juga saudara kamu.

12-13Jangan bersetubuh dengan mak cik kamu, sama ada saudara bapa ataupun saudara ibu kamu.

14Im 20.19-20 Jangan bersetubuh dengan isteri pak cik kamu; dia juga mak cik kamu.

15Im 20.12 Jangan bersetubuh dengan menantu perempuan kamu

16Im 20.21 atau dengan ipar perempuan kamu.

17Im 20.14; Ul 27.23 Jangan bersetubuh dengan anak perempuan atau cucu perempuan seorang wanita yang pernah bersetubuh dengan kamu. Mereka mungkin bersanak dengan kamu, dan hal itu perbuatan yang keji.

18Jangan kahwin dengan saudara perempuan isteri kamu selama isteri kamu masih hidup.

19 Im 20.18 Jangan bersetubuh dengan perempuan yang sedang haid, kerana perempuan itu najis.

20Im 20.10 Jangan bersetubuh dengan isteri orang lain, perbuatan itu akan menjadikan kamu najis.

21Im 20.1-5 Jangan serahkan salah seorang anak kamu untuk dipersembahkan sebagai korban kepada Dewa Molokh, kerana perbuatan itu menghina nama Allah kamu, iaitu TUHAN.

22Im 20.13 Orang lelaki tidak boleh bersemburit. Allah membenci perbuatan itu.

23Kel 22.19; Im 20.15-16; Ul 27.21 Lelaki mahupun perempuan, tidak boleh melakukan hubungan jenis dengan binatang. Perbuatan yang keji itu menajiskan kamu.

24Jangan najiskan diri kamu dengan perbuatan itu. Dengan cara itulah bangsa-bangsa yang tinggal di negeri Kanaan sebelum kamu, telah menajiskan diri mereka. Itulah sebabnya TUHAN mengusir mereka supaya kamu boleh tinggal di negeri itu.

25Perbuatan mereka menajiskan negeri itu. Itulah sebabnya TUHAN menghukum negeri itu kerana perbuatan keji yang dilakukan oleh penduduk negeri itu.

26-27Mereka melakukan segala perbuatan keji serta menajiskan negeri itu, tetapi kamu tidak boleh berbuat demikian. Kamu semua, sama ada orang Israel mahupun orang asing, mesti patuh kepada hukum dan perintah TUHAN.

28Dengan demikian kamu tidak akan diusir dari negeri itu sebagaimana bangsa-bangsa yang tinggal di sana diusir dahulu.

29Ketahuilah, sesiapa yang melakukan perbuatan keji itu, tidak lagi dianggap sebagai anggota umat Allah.

30TUHAN berfirman, “Patuhilah perintah-Ku dan jangan ikut perbuatan orang yang tinggal di negeri itu dahulu. Jangan najiskan diri kamu dengan melakukan perbuatan itu. Akulah TUHAN, Allah kamu.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help