AMOS 5 - Today's Malay Version with Deuterocanonicals

Panggilan untuk Bertaubat

1Dengarlah, hai umat Israel! Aku hendak menyanyikan lagu perkabungan untuk kamu:

2Israel, anak dara itu sudah jatuh,

dia tidak akan bangkit lagi!

Dia dibiarkan terlantar di tanahnya sendiri,

tiada sesiapa yang menolongnya berdiri.

3TUHAN Raja berfirman, “Sebuah kota di Israel mengerahkan seribu orang askar, tetapi hanya seratus orang yang kembali. Kota yang lain mengerahkan seratus orang, tetapi hanya sepuluh orang yang kembali.”

4TUHAN berfirman kepada umat Israel, “Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.

5Jangan pergi ke Bersyeba untuk beribadat. Jangan cari Aku di Betel kerana Betel akan lenyap. Jangan pergi ke Gilgal, kerana penduduk kota itu akan dibuang negeri.”

6Kembalilah kepada TUHAN, maka kamu akan hidup. Jika kamu tidak kembali kepada-Nya, Dia akan datang seperti api yang menyala-nyala kepada umat Israel. Api akan membakar penduduk Betel dan tiada seorang pun dapat memadamkan api itu.

7Alangkah malangnya kamu yang memutarbalikkan keadilan dan merampas hak orang!

8 dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.

23Hentikanlah nyanyian kamu yang membisingkan itu; Aku tidak mahu mendengar permainan kecapi kamu.

24Sebaliknya, berusahalah supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering.

25Hai umat Israel, pada masa Aku memimpin kamu melalui padang gurun selama empat puluh tahun, Aku tidak menuntut persembahan dan korban daripada kamu.

26Tetapi sekarang kamu menyembah Sakut yang kamu anggap raja dan Kewan, bintang yang kamu dewa-dewakan itu. Oleh itu kamu sendiri harus mengangkut patung-patung itu,

27Kis 7.42-43 apabila Aku membuang kamu ke suatu negeri yang lebih jauh dari Damsyik.” Demikianlah firman TUHAN yang bernama Allah Yang Maha Kuasa.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help