1
7Di setiap kota di negeri ini,
Aku akan membuang kamu seperti jerami.
Walaupun kamu umat-Ku,
Aku akan membinasakan kamu dan anak-anak kamu,
kerana kamu tidak mahu mengubah cara hidup kamu.
8Negeri kamu akan penuh dengan balu,
lebih banyak daripada pasir di pantai.
Aku akan membunuh orang muda
sehingga ibu mereka menderita.
Dengan tiba-tiba Aku mendatangkan pembinasa
sehingga mereka takut dan gelisah.
9Ibu yang kehilangan tujuh orang anaknya
terengah-engah dan pengsan.
baginya matahari sudah terbenam selagi hari siang;
dia dihina dan dipermalukan.
Aku akan menyuruh musuh kamu membunuh
orang yang masih hidup antara kamu.
Aku, TUHAN, telah berfirman.”
Yeremia Bersungut terhadap TUHAN10Alangkah malangnya aku! Mengapakah ibuku melahirkan aku? Aku terpaksa bertengkar dan berbantah dengan setiap orang di negeri ini. Walaupun aku tidak pernah meminjamkan atau meminjam wang, namun aku dikutuk oleh semua orang.
11Ya TUHAN, jika aku tidak melakukan tugasku dengan baik, dan tidak membela musuh di hadapan-Mu pada waktu mereka ditimpa bencana dan kesusahan, biarlah kutuk mereka itu benar-benar berlaku. (
12Tidak seorang pun dapat mematahkan besi, terutama besi dari utara yang telah dicampur dengan gangsa.)
13TUHAN berfirman kepadaku, “Aku akan mengirim musuh untuk mengangkut kekayaan dan harta umat-Ku sebagai hukuman terhadap dosa yang dilakukan mereka di seluruh negeri.
14Aku akan menjadikan mereka hamba kepada musuh di negeri asing yang tidak dikenal oleh mereka, kerana kemurkaan-Ku seperti api yang menyala-nyala selama-lamanya.”
15Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN, Engkau faham segala-galanya. Ingatlah akan aku dan tolonglah aku. Balaslah mereka yang menganiaya aku. Jangan bersabar terhadap mereka sehingga mereka berjaya membunuh aku. Ingatlah bahawa aku dihina kerana Engkau.
16Engkau berfirman kepadaku, dan aku mendengarkan setiap firman-Mu. Aku milik-Mu, ya TUHAN Allah Yang Maha Kuasa; oleh itu firman-Mu memberikan kesukaan dan kebahagiaan kepadaku.
17Aku tidak ikut bersuka-suka dengan orang yang berkumpul untuk bersenda gurau. Oleh sebab aku taat kepada-Mu, aku mengasingkan diri dan aku penuh dengan kemarahan.
18Mengapa aku terus saja menderita? Mengapa lukaku parah dan tidak sembuh-sembuh? Adakah Engkau bermaksud mengecewakan aku seperti sungai yang mengering pada musim panas?”
19Maka TUHAN menjawab, “Jika engkau kembali, Aku akan menerima engkau. Engkau akan menjadi hamba-Ku lagi. Jika engkau memberitakan perkhabaran yang berguna dan bukan yang sia-sia, engkau akan menjadi nabi-Ku semula. Orang akan datang kepadamu lagi, dan engkau tidak perlu pergi kepada mereka.
20Aku akan menjadikan engkau seperti tembok gangsa terhadap mereka. Mereka akan melawan engkau, tetapi tidak akan dapat mengalahkan engkau. Aku akan menyertai engkau untuk melindungi dan menyelamatkan engkau.
21Aku akan melepaskan engkau daripada kekuasaan orang yang jahat dan ganas. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.