WAHYU 3 - Today's Malay Version 1996

Surat kepada Jemaah di Sardis

1“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis:

Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati!

2Oleh itu, bangunlah dan perkuatlah apa yang masih ada pada kamu sebelum semuanya mati sama sekali. Hal itu demikian kerana Aku dapati apa yang kamu lakukan masih belum sempurna di sisi Allah-Ku.

3 segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah.

15Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak sejuk dan tidak panas juga. Alangkah baiknya jika kamu salah satu daripadanya.

16Tetapi kerana kamu suam-suam kuku, Aku akan meludahkan kamu.

17Kamu berkata, ‘Kami kaya dan serba cukup; kami tidak kekurangan sesuatu pun.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sangat melarat dan keadaan kamu sangat menyedihkan! Kamu miskin, telanjang, dan buta.

18Oleh itu Aku menasihati kamu: Belilah emas daripada Aku, belilah emas tulen supaya kamu menjadi kaya. Belilah pakaian putih juga supaya kamu berpakaian dan menutupi keadaan kamu yang telanjang serta memalukan itu. Belilah ubat juga untuk mata kamu supaya boleh melihat.

19Ams 3.12; Ibr 12.6 Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.

20Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku.

21Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya.

22Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help