1Yefta, orang Gilead, ialah seorang askar yang berani. Bapanya bernama Gilead, tetapi ibunya seorang pelacur.
2Gilead mempunyai anak-anak lain daripada isterinya yang sah. Setelah anak-anaknya itu dewasa, mereka mengusir Yefta dari rumah. Mereka berkata, “Engkau tidak akan mewarisi apa-apa daripada ayah kami, kerana engkau anak daripada perempuan lain.”
3Oleh itu Yefta lari daripada saudara-saudaranya lalu tinggal di wilayah Tob. Di sana dia mengetuai segerombolan orang jahat, lalu mereka pergi merompak.
4Tidak berapa lama kemudian umat Israel diserang oleh orang Amon.
5Ketika kejadian itu berlaku, para pemimpin Gilead menjemput Yefta kembali dari wilayah Tob.
6Mereka berkata kepadanya, “Jadilah panglima kami supaya kami dapat melawan orang Amon.”
7Tetapi Yefta menjawab, “Tidakkah kamu membenci aku? Kamu mengusir aku dari rumah bapaku. Mengapakah sekarang, pada masa kesusahan, kamu datang kepadaku?”
8Mereka berkata kepada Yefta, “Sekarang kami datang kepadamu kerana kami mahu kamu ikut kami, dan mengetuai semua orang Gilead untuk memerangi orang Amon.”
9Yefta berkata kepada mereka, “Jika kamu membawa aku pulang untuk memerangi orang Amon, dan jika TUHAN menyerahkan mereka kepadaku, maka aku akan menjadi pemerintah kamu.”
10Mereka menjawab, “Kami setuju. TUHAN saksi kami.”
11Oleh itu Yefta berangkat bersama dengan para pemimpin Gilead. Kemudian mereka menjadikan dia pemerintah dan panglima. Yefta menyatakan tuntutan-tuntutannya di hadapan TUHAN, di Mizpa.
12Selepas itu Yefta mengutus orang kepada raja Amon untuk mengatakan begini, “Apakah kesalahan hamba sekalian? Mengapa tuanku menyerang negeri hamba sekalian?”
13Raja Amon menjawab utusan Yefta, “Ketika umat Israel keluar dari Mesir, mereka merebut negeri beta, bermula dari Sungai Arnon sampai ke Sungai Yabok dan Sungai Yordan. Sekarang kembalikanlah wilayah itu secara damai.”
14Yefta mengirim utusan-utusan lagi kepada raja Amon
15untuk menjawab begini, “Umat Israel tidak merebut negeri Moab ataupun negeri Amon.
16Ketika umat Israel keluar dari Mesir, mereka menuju ke Teluk Akaba melalui padang gurun, lalu tiba di Kades.
17
32Oleh itu Yefta menyeberangi sungai untuk memerangi orang Amon dan TUHAN memberi dia kemenangan.
33Yefta memerangi mereka habis-habisan, dari Aroer sampai ke kawasan di sekeliling Minit, semuanya dua puluh buah kota, dan sampai ke Abel-Keramim. Banyak sekali orang Amon yang terbunuh, sehingga mereka dikalahkan oleh orang Israel.
Anak Perempuan Yefta34Apabila Yefta kembali ke Mizpa, anak perempuannya datang menyambut dia, sambil menari dan memukul tamburin. Dia anak tunggal Yefta.
35Bil 30.2 Ketika Yefta nampak anaknya, dia mengoyak-ngoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Katanya, “Aduh anakku, hancurlah hatiku! Mengapakah harus anakku yang menjadikan hatiku pedih? Aku telah bersumpah kepada TUHAN dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!”
36Anaknya menjawab, “Jika ayah telah bersumpah kepada TUHAN, lakukanlah apa saja terhadap diri saya untuk memenuhi janji ayah itu. TUHAN telah memperkenankan ayah membalas dendam terhadap orang Amon, musuh ayah itu.”
37Anak perempuan itu berkata lagi kepada bapanya, “Saya cuma mohon satu hal: Berilah saya masa dua bulan, supaya saya dapat mengembara di pergunungan bersama dengan sahabat-sahabat saya. Di sana saya akan bersedih kerana saya mesti meninggal ketika masih dara.”
38Bapanya membenarkan dia pergi selama dua bulan. Dia pergi bersama dengan sahabat-sahabatnya ke pergunungan untuk bersedih di sana kerana dia akan meninggal sebelum berkahwin dan mempunyai anak.
39Selepas dua bulan, dia kembali kepada bapanya, lalu bapanya melakukan apa yang telah dijanjikannya kepada TUHAN. Oleh itu anak perempuannya meninggal ketika masih dara.
Itulah asal usul adat di Israel, bahawa
40anak-anak dara pergi selama empat hari tiap-tiap tahun untuk bersedih hati mengenangkan anak perempuan Yefta dari Gilead.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.