1Saudara-saudaraku! Sebagai orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus, Tuhan kita yang mulia, janganlah beza-bezakan orang berdasarkan hal-hal yang lahir.
2Andaikan dua orang datang ke pertemuan kamu, yang seorang kaya dan berpakaian indah serta memakai cincin emas; yang seorang lagi miskin dan memakai pakaian buruk.
3Dengan hormat kamu menyambut orang kaya itu dan berkata kepadanya, “Silakan duduk di tempat yang terbaik ini.” Tetapi kamu berkata kepada orang miskin itu, “Berdirilah di sana, atau duduk di lantai dekat kakiku.”
4Dengan perbuatan itu, kamu membeza-bezakan orang di kalangan kamu dan kamu menilai orang berdasarkan fikiran yang jahat.
5Ketahuilah, saudara-saudara yang aku kasihi! Allah sudah memilih orang miskin di dunia ini menjadi orang yang kaya dalam iman. Mereka akan menikmati Pemerintahan Allah seperti yang sudah dijanjikan-Nya kepada mereka yang mengasihi Dia.
6Tetapi kamu menghina orang miskin, padahal orang kayalah yang menindas kamu dan yang menyeret kamu ke hadapan hakim.
7Merekalah yang menghina nama yang terhormat, yang kamu terima daripada Tuhan.
8
21 Itulah sebabnya Abraham disebut sahabat Allah.
24Jelaslah sekarang bahawa Allah berkenan kepada seseorang kerana perbuatan orang itu, dan bukan hanya kerana imannya.
25 Yos 2.1-21 Demikian juga halnya dengan Rahab, wanita pelacur itu. Allah berkenan kepada Rahab kerana perbuatannya. Rahab menyambut pengintip-pengintip Israel dan menolong mereka melarikan diri melalui jalan lain.
26Oleh itu, sebagaimana tubuh tanpa roh adalah tubuh yang mati, demikian juga iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.