2 SAMUEL 4 - Today's Malay Version 1996

Raja Isyboset Dibunuh

1Apabila Raja Isyboset putera Raja Saul, mendengar bahawa Abner telah dibunuh di Hebron, baginda menjadi takut, dan segenap penduduk Israel pun gentar.

2Raja Isyboset mempunyai dua orang pegawai yang menjadi ketua pasukan penyerbu, iaitu Baana dan Rekhab, anak-anak Rimon dari Beerot, daripada suku Benyamin. (Beerot adalah sebahagian daripada wilayah Benyamin.

3Penduduk asli tempat itu telah lari ke Gitaim, dan sejak masa itu mereka menetap di sana.)

4

7Mereka terus masuk ke dalam bilik Raja Isyboset sementara baginda sedang tidur nyenyak. Lalu mereka menikam baginda sampai mati. Mereka memenggal kepala Raja Isyboset lalu membawa kepala itu pergi. Mereka berjalan sepanjang malam melalui Lembah Yordan.

8Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”

9Tetapi Raja Daud menjawab, “TUHAN yang hidup, yang telah menyelamatkan beta daripada segala bahaya, tahu bahawa yang akan beta katakan ini benar.

102 Sam 1.1-16 Pada masa beta di Ziklag, ada orang yang memberitahu beta tentang kemangkatan Raja Saul. Orang itu berfikir bahawa dia membawa berita baik, tetapi beta telah menangkap dan membunuh dia. Itulah upah yang beta berikan kepadanya sebagai imbalan kepada berita yang dibawanya itu.

11Apalagi kamu, alangkah kejinya perbuatan kamu itu! Kamu sudah membunuh seorang yang tidak berdosa, dan yang sedang tidur di rumahnya sendiri! Sekarang beta akan membalas kejahatan kamu itu. Beta akan menghapuskan kamu dari muka bumi!”

12Raja Daud memberikan perintah, lalu askar-askar baginda membunuh Rekhab dan Baana. Setelah dibunuh, tangan dan kaki mereka dipotong lalu digantung dekat kolam di Hebron. Kemudian kepala Raja Isyboset diambil dan dimakamkan di dalam kubur Abner di Hebron.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help