1 Mengapa Aku melakukan hal itu? Aku melakukannya kerana Rumah-Ku masih reruntuhan, sedangkan kamu semua sibuk membina rumah masing-masing.
10Itulah sebabnya hujan tidak turun sehingga tiada tanaman yang dapat tumbuh.
11Aku sudah mendatangkan kemarau ke negeri ini sehingga bukit, ladang gandum, ladang anggur, kebun zaitun dan segala tumbuhan di negeri ini menjadi kering. Manusia, haiwan, dan segala tanaman kamu ditimpa kemarau.”
Umat Israel Mentaati Perintah TUHAN12Kemudian Zerubabel dan Yosua serta segenap umat Israel yang sudah kembali dari pembuangan di Babilonia, mentaati kata-kata Nabi Hagai, utusan TUHAN itu. Mereka melakukan apa yang diperintahkan TUHAN kepada mereka, kerana mereka takut akan TUHAN.
13Kemudian Hagai menyampaikan firman TUHAN kepada mereka bahawa TUHAN sudah berjanji akan menyertai mereka.
14Demikianlah TUHAN menggerakkan hati Zerubabel, gabenor Yehuda itu, Imam Agung Yosua, dan semua orang yang sudah kembali dari pembuangan supaya membina Rumah TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah mereka.
15Mereka mula bekerja pada hari kedua puluh empat bulan keenam dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.