1
Dia menjadikan aku seperti anak panah
yang tajam dan siap untuk digunakan.
3Dia berfirman kepadaku, “Hai Israel, kamu hamba-Ku;
kerana kamu, orang akan memuji Aku.”
4Aku berkata, “Aku telah berusaha, tetapi sia-sia saja!
Aku telah menghabiskan tenagaku tetapi tidak mencapai apa-apa.”
Namun aku percaya kepada TUHAN untuk membela perkaraku;
Allah akan memberi aku ganjaran untuk usahaku.
5Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku;
Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya,
untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya.
TUHAN memberi aku kehormatan,
Allahku adalah sumber kekuatanku.
6 di selatan.”
13Bernyanyilah, hai langit! Bersoraklah dengan sukacita, hai bumi!
Bernyanyilah dengan gembira, hai gunung-gunung,
kerana TUHAN akan menghiburkan umat-Nya,
Dia akan mengasihani umat-Nya yang menderita.
14Tetapi penduduk Yerusalem berkata,
“TUHAN telah meninggalkan kita!
Dia telah melupakan kita.”
15Oleh itu TUHAN menjawab,
“Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya,
atau tidak mengasihi anak kandungnya?
Sekalipun ibu melupakan anak,
Aku tidak akan melupakan kamu.
16Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu!
Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.
17Orang yang akan membina kamu semula segera datang,
dan mereka yang membinasakan kamu akan segera pergi.
18Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kamu!
Rakyat kamu mula berhimpun, mereka sedang pulang!
Demi Aku, Allah yang hidup, Aku berfirman bahawa
kamu akan berasa bangga dengan rakyatmu,
seperti seorang pengantin perempuan bangga dengan perhiasannya.
19Dahulu negeri kamu musnah dan lengang,
tetapi sekarang negeri itu terlalu kecil
bagi orang yang hendak tinggal di situ.
Mereka yang memusnahkan negeri kamu,
akan pergi jauh daripada kamu.
20Anak-anak yang dilahirkan dalam pembuangan
akan berkata kepada kamu pada suatu hari kelak,
‘Negeri ini terlalu kecil,
kita memerlukan tempat tinggal yang lebih besar!’
21Lalu kamu akan berkata dalam hati,
‘Siapakah yang melahirkan anak-anak ini bagiku?
Bukankah aku telah kehilangan anak-anakku,
dan tidak dapat melahirkan anak lagi?
Aku dibawa ke tempat pembuangan,
siapakah yang membesarkan anak-anak ini?
Aku ditinggalkan seorang diri,
dari manakah anak-anak ini datang?’ ”
22TUHAN Raja berfirman kepada umat-Nya,
“Aku akan memberikan isyarat kepada bangsa-bangsa,
lalu mereka akan membawa anak-anak kamu pulang;
anak-anak lelaki kamu akan didukung,
dan anak-anak perempuan kamu akan dijulang.
23Raja-raja akan menjadi seperti bapa kamu,
ratu-ratu akan menjadi seperti ibu kamu.
Mereka akan sujud menghormati kamu;
mereka akan menghormati kamu dengan rendah hati.
Maka kamu akan sedar bahawa Akulah TUHAN;
orang yang mengharapkan pertolongan-Ku tidak dikecewakan.”
24Dapatkah kamu merebut jarahan dari tangan pahlawan?
Dapatkah kamu membebaskan tawanan daripada orang kejam?
25TUHAN menjawab, “Itulah yang akan berlaku.
Tawanan akan dirampas dari tangan askar,
dan jarahan akan direbut daripada orang kejam.
Aku akan melawan orang yang melawan kamu,
dan Aku akan menyelamatkan anak-anak kamu.
26Aku akan menyebabkan penindas kamu mengamuk
sehingga mereka saling membunuh.
Maka semua umat manusia akan sedar bahawa Akulah TUHAN,
dan Akulah Penyelamat kamu,
Allah Yang Maha Kuasa, Allah Israel, Penebus kamu.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.