MAZMUR 37 - Today's Malay Version 1996

Kesudahan Orang Jahat dan Orang Baik

1Mazmur Daud.

Jangan geram kerana orang jahat;

jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah.

2Mereka segera lenyap seperti rumput,

dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau.

3Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;

tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.

4Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,

dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.

5Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,

berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;

6Dia akan menyebabkan kebaikanmu

bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

7Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,

tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.

Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,

atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.

8Jangan marah atau panas hati;

hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.

9Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini,

tetapi orang yang jahat akan diusir.

10Orang yang jahat akan lenyap dengan segera;

walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai.

11 lalu, tetapi mereka tiada lagi;

aku mencari tetapi tidak menjumpai mereka.

37Perhatikanlah orang yang baik dan orang yang salih;

orang yang suka akan perdamaian mempunyai keturunan;

38tetapi orang yang berdosa akan dibinasakan,

dan keturunan mereka pun dihapuskan.

39Orang yang salih diselamatkan oleh TUHAN;

Dia melindungi mereka pada masa kesusahan.

40Dia menolong dan menyelamatkan mereka;

serta membebaskan mereka daripada orang jahat,

kerana mereka minta perlindungan daripada-Nya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help