1Tiuplah trompet, bunyikan tanda kecemasan di Sion,
bukit suci Allah.
Gementarlah, hai penduduk Yehuda,
kerana Hari TUHAN segera tiba.
2Hari itu gelap dan mendung,
hari kelam dan berawan.
Bala tentera belalang itu mara
seperti kegelapan yang meliputi pergunungan.
Belum pernah berlaku perkara seperti ini,
dan perkara ini tidak akan berulang lagi.
3Seperti api yang membakar dan menghanguskan,
kawanan belalang makan segala tanaman.
Di hadapan kawanan belalang,
padang indah bagaikan taman Eden.
Tetapi di belakang kawanan belalang,
padang itu sudah menjadi gersang.
Segala-galanya dimusnahkan oleh belalang.
4Rupa belalang itu seperti kuda,
dan berlari seperti kuda perang.
5
Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk
dan hujan pada musim bunga seperti dahulu.
24Tempat mengirik gandum akan penuh dengan gandum,
dan tempat memeras buah anggur akan berkelimpahan
dengan wain dan minyak zaitun.
25Aku akan mengganti segala kerugian kamu
pada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman kamu.
Akulah yang menyuruh
kawanan belalang itu menyusahkan kamu.
26Tetapi sekarang kamu akan mempunyai
cukup makanan sehingga kenyang.
Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu,
Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu.
Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.
27Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahu
bahawa Aku ada di tengah-tengah kamu,
dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu,
dan tiada lagi yang lain.
Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”
Hari TUHAN28 Kis 2.17-21 “Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:
anak lelaki dan anak perempuan kamu
akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;
orang tua kamu akan bermimpi,
dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.
29Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Ku
bahkan kepada hamba-hamba,
baik lelaki mahupun perempuan.
30Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi;
akan ada pertumpahan darah,
api dan gumpalan asap.
31 Mat 24.29; Mrk 13.24-25; Luk 21.25; Why 6.12-13 Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba,
matahari akan menjadi gelap,
dan bulan akan menjadi merah seperti darah.
32 Rm 10.13 Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHAN
akan diselamatkan.
Sebagaimana TUHAN telah berfirman,
‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat;
mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.