1Pada tahun kedua belas pemerintahan Raja Ahas di Yehuda, Hosea anak Ela menjadi raja di Israel. Raja Hosea memerintah di Samaria selama sembilan tahun.
2Raja Hosea berdosa terhadap TUHAN, tetapi dosanya tidak sebesar dosa raja-raja yang memerintah Israel sebelumnya.
3Pada masa itu Raja Salmaneser dari Asyur berperang dengan Raja Hosea. Raja Hosea menyerah kepada Raja Salmaneser dan membayar ufti kepadanya tiap-tiap tahun.
4Tetapi pada suatu masa, Raja Hosea mengirim beberapa orang utusan kepada Raja So, raja Mesir untuk meminta pertolongan baginda. Setelah itu Raja Hosea berhenti membayar ufti tahunan kepada raja Asyur. Apabila Raja Salmaneser mengetahui hal itu, baginda menangkap Raja Hosea lalu memasukkan baginda ke dalam penjara.
Kejatuhan Samaria5Raja Salmaneser menyerang Israel dan mengepung Samaria. Tiga tahun kemudian,
6iaitu pada tahun kesembilan pemerintahan Raja Hosea, raja Asyur mengalahkan Samaria. Baginda membawa orang Israel ke Asyur sebagai orang tawanan. Baginda menempatkan sebilangan daripada orang Israel di kota Halah, sebilangan di tepi Sungai Habor di daerah Gozan, dan sebilangan lagi di kota-kota negeri Madai.
7Kota Samaria jatuh kerana umat Israel berdosa terhadap TUHAN, Allah mereka, yang telah menyelamatkan mereka daripada raja Mesir dan membawa mereka keluar dari negeri Mesir. Mereka menyembah tuhan-tuhan lain,
8serta mengikut kebiasaan bangsa yang telah diusir oleh TUHAN ketika umat Israel menduduki negeri itu. Umat Israel mengikut adat istiadat yang ditetapkan oleh raja-raja Israel.
9Mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh TUHAN, Allah mereka. Mereka membina tempat-tempat penyembahan berhala di semua kota mereka, dari kampung yang terkecil sampai ke kota yang terbesar.
10 untuk menggantikan orang Israel yang telah dibuang negeri. Mereka menduduki kota-kota itu lalu tinggal di situ.
25Apabila mereka mula-mula tiba di negeri itu, mereka tidak menyembah TUHAN. Oleh itu TUHAN mengirim singa untuk membunuh sebilangan daripada mereka.
26Kemudian raja Asyur diberitahu bahawa orang yang disuruhnya tinggal di kota-kota Samaria itu tidak mengenal hukum dewa negeri itu, lalu dewa itu mengirim singa yang membunuh mereka.
27Oleh itu Raja Asyur bertitah, “Kirimlah kembali seorang daripada imam yang kita tawan itu. Suruhlah dia pulang dan tinggal di sana untuk mengajar orang di tempat itu tentang hukum dewa negeri itu.”
28Oleh itu seorang imam Israel yang telah dibuang dari Samaria ke Asyur, kembali dan tinggal di Betel. Dia mengajar orang di tempat itu cara beribadat kepada TUHAN.
29Tetapi penduduk Samaria masih membuat berhala mereka sendiri, dan mereka menempatkan berhala-berhala itu di kuil-kuil yang telah dibina orang Israel. Tiap-tiap golongan orang membuat berhala masing-masing:
30orang Babel membuat patung Dewa Sukot-Benot, orang Kuta membuat patung Nergal, orang Hamat membuat patung Asima,
31orang Awa membuat patung Nibhas dan Tartak, dan orang Sefarwaim mempersembahkan anak-anak mereka sebagai korban yang dibakar kepada Adramelekh dan Anamelekh, dewa-dewa mereka.
32Mereka juga menyembah TUHAN, dan mereka memilih pelbagai orang daripada golongan mereka sendiri untuk bertugas sebagai imam di tempat-tempat pemujaan berhala, serta mempersembahkan korban bagi berhala itu di sana.
33Mereka menyembah TUHAN, tetapi mereka juga menyembah dewa-dewa mereka sendiri menurut adat istiadat negeri asal mereka.
34 Kej 32.28, 35.10 Sampai sekarang mereka masih mengamalkan adat istiadat mereka yang lama itu. Mereka tidak menyembah TUHAN ataupun taat kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya kepada keturunan Yakub, yang dinamakan-Nya Israel.
35Kel 20.5; Ul 5.9 TUHAN telah membuat perjanjian dengan umat Israel, dan telah memerintah, “Jangan sembah tuhan-tuhan lain; jangan bersujud, atau mengabdi, atau mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan itu.
36Ul 6.13 Hendaklah kamu taat kepada-Ku, TUHAN yang telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan kuasa dan kekuatan yang besar; hendaklah kamu bersujud dan mempersembahkan korban kepada-Ku.
37Hendaklah kamu sentiasa taat kepada hukum dan perintah yang telah Aku tuliskan untuk kamu. Jangan sembah tuhan-tuhan lain,
38dan jangan lupa akan perjanjian yang telah Aku buat dengan kamu itu. Jangan sembah tuhan-tuhan lain,
39tetapi hendaklah kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, maka Aku akan menyelamatkan kamu daripada musuh.”
40Tetapi penduduk Samaria itu tidak mahu mendengar; mereka masih mengikut adat istiadat mereka yang lama.
41Mereka menyembah TUHAN, tetapi mereka juga menyembah berhala-berhala mereka; sampai sekarang keturunan mereka masih berbuat demikian.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.