MAZMUR 62 - Today's Malay Version 1996

Keyakinan akan Perlindungan Allah

1Untuk pemimpin koir. Menurut: Yedutun. Mazmur Daud.

2Dengan tenang aku menantikan Allah;

Dia sahaja yang menyelamatkan aku.

3Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;

Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.

4Sampai bilakah kamu semua akan menyerang seorang

yang lemah seperti pagar yang hampir roboh,

dan seperti dinding yang miring?

5Kamu hanya ingin menjatuhkan dia dari tempat kehormatannya;

kamu suka berdusta.

Dengan mulut, kamu memberkati,

tetapi kamu mengutuk dalam hati.

6Dengan tenang aku menantikan Allah;

Dia sahaja yang memberi aku harapan.

7Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;

Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.

8Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah;

Dialah pelindungku yang kuat;

Dialah tempat perlindunganku.

9Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa.

Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya,

kerana Dialah penaung kita.

10Manusia hanya seperti hembusan nafas;

besar atau kecil sama-sama tidak berharga.

Kalau ditimbang, mereka ternyata ringan,

lebih ringan daripada sehembus nafas.

11Jangan bergantung kepada hasil pemerasan;

jangan harapkan keuntungan daripada rompakan;

walaupan kekayaan kamu bertambah,

jangan bergantung kepadanya.

12Beberapa kali aku telah mendengar Allah berfirman

bahawa kuasa berasal daripada-Nya,

13 Ayb 34.11; Yer 17.10; Mat 16.27; Rm 2.6; Why 2.23 dan bahawa kasih-Nya kekal.

Engkau, ya Tuhan, membalas semua orang menurut perbuatan mereka.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help