YEHEZKIEL Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996
Kata PengantarNabi Yehezkiel hidup dalam buangan di Babel sebelum dan sesudah kejatuhan Yerusalem pada tahun 586 Sebelum Masihi. Perkhabarannya ditujukan kepada orang buangan di Babilonia dan orang yang tinggal di Yerusalem. Kitab Yehezkiel mempunyai enam bahagian utama: 1) Allah memanggil Yehezkiel menjadi nabi. 2) Amaran kepada umat Israel bahawa Allah akan menghakimi mereka, dan bahawa Yerusalem akan jatuh dan runtuh. 3) Perkhabaran daripada Tuhan bahawa Dia akan menghakimi bangsa-bangsa yang menindas dan menyesatkan umat-Nya. 4) Penghiburan bagi umat Israel selepas kejatuhan Yerusalem, dan janji tentang masa hadapan yang lebih gemilang. 5) Nubuat tentang hukuman terhadap Gog. 6) Gambaran Yehezkiel tentang pemulihan Rumah TUHAN dan bangsa Israel.Yehezkiel seorang yang teguh iman serta mempunyai daya khayalan yang kuat. Kebanyakan perkhabarannya diterima melalui penglihatan, dan dinyatakannya dengan perbuatan yang merupakan lambang yang jelas bagi bangsa Israel. Yehezkiel sentiasa menitikberatkan perlunya pembaharuan hati dan jiwa serta tanggungjawab setiap orang terhadap dosanya sendiri. Dia juga menyatakan harapannya bagi pembaharuan hidup bangsa Israel. Sebagai imam dan nabi, Yehezkiel memberikan perhatian khusus kepada Rumah TUHAN dan pentingnya hidup menurut kehendak Tuhan.KandunganYehezkiel Dipanggil Menjadi Nabi 1.1—3.27Perkhabaran tentang Hukuman bagi Yerusalem 4.1—24.27Penghakiman Allah terhadap Bangsa-Bangsa 25.1—32.32Janji Allah kepada Umat-Nya 33.1—37.28Nubuat tentang Hukuman terhadap Gog 38.1—39.29Penglihatan tentang Rumah TUHAN dan Negeri Israel pada Masa Depan 40.1—48.35