RUT 4 - Today's Malay Version 1996

Boas Berkahwin dengan Rut

1Boas pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota dan duduk di sana. Pada masa itu orang yang disebutnya saudara terdekat kepada Elimelekh, lalu di situ. Boas memanggil orang itu. “Marilah, hai saudara,” katanya. “Duduklah.” Saudara itu datang lalu duduk di sana.

2Kemudian Boas meminta sepuluh orang pemimpin kota supaya duduk di sana juga. Sementara mereka duduk,

3Boas berkata kepada saudaranya, “Naomi telah balik dari Moab, dan dia hendak menjual tanah milik saudara kita Elimelekh.

4Saya berpendapat bahawa kamu mesti diberitahu. Jika kamu hendak membeli tanah itu, belilah di hadapan semua orang yang duduk di sini. Tetapi jika kamu tidak mahu membeli tanah itu, katakanlah; kerana kamulah yang pertama berhak membelinya. Kemudian barulah saya.”

Orang itu berkata, “Saya hendak membeli tanah itu.”

5Boas berkata lagi, “Baiklah. Tetapi jika kamu membeli tanah itu daripada Naomi, ini bererti kamu mengambil Rut juga, balu yang berbangsa Moab itu. Dengan demikian tanah itu tetap menjadi milik keturunan orang yang sudah meninggal.”

6Orang itu menjawab, “Jika demikian, biarlah saya melepaskan hak saya untuk membeli tanah itu, kerana walaupun saya membelinya, anak-anak saya tidak akan mewarisinya. Kamulah yang membeli tanah itu, saya tidak mahu.”

7Pada zaman itu, untuk mengesahkan penjualan milik atau penukaran harta, telah menjadi kebiasaan bahawa si penjual menanggalkan kasutnya lalu memberikan kasut itu kepada si pembeli. Menurut hukum di Israel, dengan cara demikian, sahlah penjualan itu.

8

9Selepas itu Boas berkata kepada para pemimpin dan semua orang yang ada di situ, “Saudara-saudara menjadi saksi hari ini, bahawa daripada Naomi saya telah membeli segala yang dimiliki Elimelekh dan anak-anaknya, Kilyon dan Mahlon.

10 Boas, Obed, Isai, dan Daud.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help