1Pada tahun kedua pemerintahan Raja Yehoas putera Raja Yehoahas di Israel, Raja Amazia putera Raja Yoas menjadi raja di Yehuda.
2Pada masa itu Raja Amazia berusia dua puluh lima tahun. Baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya bernama Yehoadin dari Yerusalem.
3Raja Amazia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, tetapi baginda tidak seperti nenek moyangnya, Raja Daud. Sebaliknya baginda mengikut perbuatan ayahandanya, Raja Yoas.
4Raja Amazia tidak merobohkan tempat-tempat penyembahan berhala dan rakyat tidak berhenti mempersembahkan korban serta membakar kemenyan di situ.
5Apabila pemerintahan Raja Amazia sudah kukuh, baginda membunuh para pegawai yang membunuh ayahandanya, raja yang memerintah sebelum baginda.
6
19Beberapa orang di Yerusalem berkomplot untuk membunuh Raja Amazia. Oleh itu baginda lari ke kota Lakhis, tetapi musuh-musuhnya mengejar baginda ke sana dan membunuh baginda.
20Kemudian jenazah Raja Amazia diangkut dengan kuda ke Yerusalem, lalu dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud.
21Penduduk Yehuda melantik Uzia, putera Raja Amazia, yang berusia enam belas tahun, menjadi raja.
22Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Uzia merebut kembali kota Elat, lalu membinanya semula.
Raja Yerobeam II, Raja Israel23Pada tahun kelima belas pemerintahan Raja Amazia putera Raja Yoas di Yehuda, Raja Yerobeam putera Raja Yehoas menjadi raja di Israel. Raja Yerobeam memerintah di Samaria selama empat puluh satu tahun.
24Raja Yerobeam berdosa terhadap TUHAN, kerana mengikut perbuatan Raja Yerobeam anak Nebat, raja yang terdahulu, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa.
25Yoh 1.1 Raja Yerobeam merebut semula semua wilayah yang dahulu dimiliki Israel, dari Genting Hamat di utara sampai ke Laut Mati di selatan. Demikianlah yang dijanjikan dahulu oleh TUHAN, Allah Israel, melalui hamba-Nya Nabi Yunus anak Amitai dari Gat-Hefer.
26TUHAN nampak bahawa orang Israel sangat menderita, dan tiada sesiapa pun yang menolong mereka.
27TUHAN tidak bermaksud untuk membinasakan Israel selama-lamanya. Oleh itu Dia menyelamatkan mereka dengan perantaraan Raja Yerobeam II.
28Segala perbuatan Raja Yerobeam II, termasuk keperkasaan baginda dalam pertempuran dan bagaimana baginda merebut semula Damsyik dan Hamat daripada Yehuda untuk Israel, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
29Raja Yerobeam mangkat lalu dimakamkan di permakaman diraja. Maka Zakharia, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.